warisanizryn4u - Kalau sebut budu, pasti semua orang teringat negeri di pantai timur. Makanan tradisi yang sinonim dengan dengan Kelantan dan Terengganu ini tak perlu diperkenalkan lagi. Pertama kali menjamahnya ketika zaman di rumah bujang. Kebetulan tinggal satu rumah dengan sahabat baik dari Tanah Merah, Kelantan. Cantik orangnya. Macam Erra Fazira.
Phewiitt....hehe...Dia yang ajar bagaimana makan budu. Usahkan budu, makanan tradisional Kelantan lain pun dia bagi rasa. Tenkiu Ila...kenangan bersama tak mungkin dilupakan walaupun kini hanya bersua di dalam FB sahaja.
Apasal la pulak SJ nak buat entri tentang budu nih? Ouw...SJ sengaja nak buat perkongsian. Betul2 SJ menikmatinya, apabila SJ di jodohkan dengan orang Pantai Timur, Terengganu. En Hubby rajin buatkan budu. En hubby juga memang suka makan budu. Selalunya budu yang menjadi santapan sudah semestinya Cap Ketereh. Budu Cap Ketereh ni berasal dari Kelantan dan jangan tak percaya ia merupakan budu pertama yang di beri pengikhtirafan sebagai Harta Intelek Negara pada 2007.
En hubby kata, budu Terengganu lebih masin berbanding budu Kelantan yang terasa sedikit lemak. Kerana itu Cap Ketereh selalu menjadi pilihan. Jangan terkejut kalau datang ke teratak SJ, ada botol2 budu yang bersusun di atas rak. Biasanya En hubby menyediakan hidangan budu bersama perahan air limau nipis dan di campur dengan cili api dan bawang yang di hiris2. Di makan dengan nasi panas ketika makan malam atau makan tengahari. Biasanya berulamkan ulam2an, ikan bakar ataupun ikan goreng. Kadang2 En hubby campur sekali dengan tempoyak. Perghh !! lupa kejap asal usul SJ bila dah mengadap hidangan seperti ini.
Nah !! kita cuba nikmati pula peranan budu dalam tubuh manusia. Budu atau sos ikan ini dihasilkan daripada ikan bilis atuapun udang bari yang di jeruk sehingga hancur. Ia mempunyai bau yang kuat dan kurang digemari ramai namun menurut kajian pakar pemakanan khususnya dari Jepun, Amerika dan Australia, budu mempunyai banyak khasiat :-
- mengandungi gluthaione (bahan anti oksidan)
- mengeluarkan sisa toksik
- mampu meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang mampu memerangi pelbagai penyakit bahaya
- menghalang kanser (unsur genestein dan phytoestrogen)
- mengekalkan ketegangan wajah (bebas kedutan) - awet muda
- berpotensi melawan radikal bebas
- menghalang proses penuaan (nisbah 50% anti penuaan)
- berpotensi tinggi dalam pertumbuhan sel kulit
- membentuk sel biak terbaik terhadap kolagen (proses sintesis terhadap kolagen lebih baik dari vitamin C).
- bersifat elastin
- mencegah penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung dan kencing manis
- mempunyai zat antibakteria penyebab cirit (diarrhoea), penurunan kolesterol darah dan hipertensi
- mempertingkatkan IQ (merangsang sel2 otak)
- membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa yang menjadi punca kembung perut
- Penyumbang utama vitamn B12 (pembentukan sel darah merah yang mnjadi punca anemia, sakit perut dan turun berat badan.
- sumber protein yg berkualiti tinggi
- sumber serat yang baik dan mudah dicernakan (pencernaan bakteria yang semulajadi)
No comments:
Post a Comment