REDZA MIHAT dan Christina Suzzane menjadi ikon iklan raya saluran Diva Universal.
KEMERIAHAN sambutan Hari Raya Aidilfitri ternyata bukan sahaja diceriakan dengan pelbagai rancangan yang disiarkan stesen televisyen tempatan, malah ia turut diraikan juga oleh saluran televisyen antarabangsa.
Salah satunya adalah saluran Diva Universal yang boleh ditonton menerusi saluran Astro 702. Sempena perayaan Aidilfitri, saluran berkenaan tidak ketinggalan menyiarkan beberapa rancangan menarik.
Pada bulan September ini, saluran tersebut akan menyiarkan kembali rancangan siri penyiasatan Covert Affairs yang akan disiarkan pada pukul 9 malam dan diikuti dengan drama Rookie Blue 2 pukul 10 malam pada setiap hari Isnin.
Tidak ketinggalan, penonton juga akan berpeluang untuk menyaksikan sebuah rancangan drama bersiri popular berjudul Downton Abbey yang telah mendapat 11 pencalonan untuk anugerah Primetime Emmy Awards 2011. Rancangan tersebut akan mula bersiaran pada 8 September ini pada pukul 11 malam setiap hari Khamis.
Lebih menarik lagi, sempena Aidilfitri pada kali ini saluran berkenaan juga menyiarkan sebuah iklan yang berdurasi 30 saat mengenai hubungan di antara Akil dan Zara yang mula terjalin ketika berkenalan di pasar Ramadan dan sekali lagi bertemu ketika dalam perjalanan pulang ke kampung.
Watak Akil telah dilakonkan oleh Redza Mihat, manakala Cristina Suzzane pula melakonkan watak Zara. Diarah dan diterbitkan oleh Nik Amir dan Rewan Ishak, penggambaran iklan tersebut dijalankan di kawasan sekitar Pasar Ramadan Taman Tun Dr. Ismail dan stesen lama Keretapi Tanah Melayu, Kuala Lumpur.

No comments:
Post a Comment