Sebuah portal berita yang telah dikenalpasti sebagai mendapat biaya daripada agensi Zionis yang turut terbabit aktif dalam pembiayaan penganjuran demonstrasi BERSIH 2.0 9 Julai cuba melaga-lagakan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia dengan Mydin yang merupakan teras utama Kedai Rakyat 1Malaysia.
Mydin telah mendapat peruntukan daripada kerajaan Malaysia sebanyak RM1 bilion. Peruntukan tersebut telah diluluskan oleh Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PERMUDAH) yang dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Idris Jala.
Kedai Rakyat 1Malaysia menawarkan harga yang jauh lebih rendah dan mengutamakan pengusaha-pengusaha SME yang hampir seratus peratus daripada mereka adalah kaum Bumiputera sebagai pembekal. Sambutan yang diberikan kepada Kedai Rakyat 1Malaysia semenjak dibuka, amat menggalakkan dan kini Mydin merancang membuka beberapa buah lagi outlet Kedai Rakyat 1Malaysia di Lembah Kelang sebelum di seluruh Malaysia.
Secara tidak langsung, Kedai Rakyat 1Malaysia memberi manfaat dan peluang lebih besar kepada pengusaha-pengusaha bertaraf SME Bumiputera yang selama ini terpaksa bersaing dengan pengeluar-pengeluar yang berstatus mega.
Kalau diperhatikan, kebanyakan barangan yang diusahakan oleh pengusaha-pengusaha SME Bumiputera seringkali dianaktirikan di kedai-kedai dan terlebih-lebih lagi di pasaraya. Antara alasan yang diberikan ialah tidak menepati syarat yang diberikan serta pembungkusan yang tidak kemas. Malah di kedai-kedai runcit juga, sukar untuk diperolehi barangan yang dihasilkan oleh pengusaha-pengusaha Bumiputera memandangkan proses penghantaran dilakukan oleh golongan yang mempunyai pelbagai agenda, termasuklah untuk memastikan barangan buatan Bumiputera tidak menjadi satu trend.
Tentu sebahagian daripada anda masih ingat bagaimana kemelut yang berlaku kepada Sos Cili Aminah Hasan yang berakhir dengan kerugian besar kepada pengusaha tersebut. Begitu juga dengan kicap Tamim, manakala pengusaha kicap Cap Kipas Udang pula terpaksa berhadapan dengan pemalsuan melampau daripada sebuah syarikat pembuat kicap yang meniru hampir seratus peratus label Cap Kipas Udang dan menjualnya pada harga yang lebih murah.
Itu hanyalah sekelumit daripada masalah yang perlu dihadapi oleh pengusaha-pengusaha Bumiputera. Belum lagi cerita tentang harga yang berbeza-beza antara barangan keluaran Bumiputera dengan syarikat-syarikat bukan Bumiputera meskipun pemborong sebenarnya mengenakan diskaun yang tinggi kepada pengusaha Bumiputera.
Justeru dengan mengatasnamakan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, portal berita tersebut mengharapkan agar perseteruan akan berlaku antara Mydin dan pemilik-pemilik perniagaan yang bernaung di dalam DPMM. Apatah lagi sememangnya terdapat jerung dan buaya di dalam DPMM yang mengharapkan laba serta modal besar daripada kerajaan.
Sesuatu yang dilihat sinikal, perlu sebenarnya dilihat dari sudut yang lebih besar. Kemampuan Mydin menguruskan Kedai Rakyat 1Malaysia, diharap tidak akan mengalami nasib yang sama seperti PERNAS, SAVEMORE dan sebagainya yang diwujudkan untuk memberi peluang kepada Bumiputera untuk maju dalam dunia perniagaan.
Antara masalah yang paling besar dihadapi oleh pengusaha-pengusaha Melayu adalah kelambatan penghantaran serta kegagalan untuk memenuhi kehendak pelanggan. Tentu sekali Mydin yang mengusahakan sebuah pasaraya yang berkonsep barangan murah, mempunyai cara serta kaedah terbaik dalam menguruskan peruncitan seperti yang dibuktikan menerusi Kedai Rakyat 1Malaysia yang bukan sahaja mendapat sambutan ramai dan dipuji, tetapi juga telah memberikan ruang yang besar kepada para pengusaha Bumiputera yang sebelum ini sangat sukar mereka perolehi.
Sebenarnya momokan bahawa Bumiputera ketinggalan dalam bidang perniagaan sebenarnya adalah cerita usang yang dikeluarkan oleh golongan yang sangat takut bersaing dengan golongan Bumiputera. Pelbagai cerita terpaksa dicipta untuk memastikan sebarang usaha memajukan golongan Bumiputera dalam perniagaan, menemui kegagalan, terutama yang bersangkutan dengan modal.
Maka, siapa sebenarnya yang sangat berang apabila mendapat tahu MYDIN menerima peruntukan RM1 Bilion? Benarkah DPMM yang sakit mata dan sakit hati, atau ada pihak lain yang terpaksa menggunakan nama DPMM untuk melestarikan hasad dan dengki mereka?

No comments:
Post a Comment