Tuesday, August 9, 2011

Shahir AF bersara awal dari bidang seni untuk berdakwah


Hanya baru beberapa tahun dalam bidang seni, Shahir telah membuat keputusan untuk meninggalkan industri seni untuk memberi laluan kepada niat murni beliau untuk berdakwah dalam agama Islam.


Shahir yang dikatakan kesal dan tidak tahan dengan tohmahan dan gosip dari pelbagai pihak yang dilaluinya juga merupakan punca beliau ingin bersara awal dari bidang seni.

Shahir mungkin akan mengikut jejak Sham Kamikaze yang telah bertaubat dan kini telah menjadi pendakwah berjaya.


Harapan media kepada Shahir Fan Club supaya tidak kecewa dengan keputusan beliau ini kerana beliau berubah kejalan yang baik.dan keputusan yang diambil oleh beliau adalah yang difikirkan terbaik untuk beliau, peminatnya tidak perlu kesal dengan keputusannya, walaupun baru sahaja beberapa tahun dalam bidang seni ini.

No comments:

Post a Comment