Thursday, August 11, 2011

Rusuhan London dan KL Antara bumi dengan langit (Ikuti punca sebenar rusuhan London)


Di London mereka merusuh dan merompak manakala di Kuala Lumpur perhimpunan dibuat secara aman.
Di London perusuh dan perompak membunuh dan mencedera manakala di Kuala Lumpur peserta perhimpunan tidak mencederakan sesiapa pun malah mereka telah dicederakan oleh pihak Polis.


Rusuhan di London ni antara sebab harga emas naik tinggi, pecah rekod. Blockbuster lah bahasa orang filem. Bubble bagi sesetengah orang.. kononnya.

Punca sebenar rusuhan


Bermula dengan satu protes kecil secara aman dipinggir kota London di Tottenham, Sabtu lalu, berpunca seorang remaja kulit hitam ditembak mati oleh polis.

Sebagaimana laporan, antara punca rusuhan secara besar-besaran ini berlaku adalah apabila anggota polis di North London telah memukul dan menembak mati seorang pemuda berkulit hitam, Mark Duggan (gambar) yang dikatakan tidak bersenjata. Disamping keluarganya mahukan keadilan daripada kejadian itu, penduduk-penduduk muda London mula membantah kepada pihak polis, terutama pemuda-pemuda yang menetap di London. Kemudian bantahan kecil menjadi besar dan ia terus menjadi keganasan.

Ada juga laporan yang memberitahu bahawa pemuda berkulit hitam tersebut memiliki senjata dan memulakan tembakan ke arah polis. Bersama-sama pemuda berkulit hitam tersebut dikatakan adalah EMPAT kanak-kanak dan ibu mereka.

Ekoran daripada itu terdapat juga laporan mengatakan rakyat merusuh dan melawan polis disebabkan Perdana Menteri David Cameron telah bertindak memotong elaun mereka. Selain daripaa rakyat mendapat harga emas naik begitu tinggi.

No comments:

Post a Comment