Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah dalam kenyataannya telah membentangkan hasil kajian JMM selama 4 bulan mengenai penerimaan terhadap PPSMI. Dalam kenyataannya, dia merumuskan bahawa sebanyak 54.80% ibubapa TIDAK bersetuju matapelajaran Sains dan Matematik ditukar kepada Bahasa Malaysia berbanding dengan 32.15% yang bersetuju agar kedua-dua subjek ini diajar di dalam Bahasa Malaysia seperti yang telah diputuskan oleh kabinet kerajaan.
Kajian yang dinamakan sebagai “Impian dan Harapan” telah dilakukan oleh JMM bagi mendapat maklumbalas yang sebenarnya mengenai peranaan penguasaan Bahasa Ingeris di dalam subjek penting khususnya Matematik dan Sains. Hasil daripada hampir 15,000 maklumbalas yang diterima daripada pihak ibubapa / penjaga, JMM pada hari ini mendedahkan hasil kajian ini kepada umum untuk dinilai dengan sebaik-baiknya.
Saya merupakan salah seorang yang kritikal terhadap gerakan menghentikan PPSMI yang saya sifatkan bukan satu gerakan yang ilmiah dan rasional, sebaliknya satu gerakan yang bersifat politik, emosional dan berkepentingan.
Saya juga mungkin antara pemegang jawatan di dalam UMNO dan blogger yang paling kritikal dan paling banyak menulis mengenai PPSMI mungkin disebabkan pengetahuan saya dan merupakan di kalangan mereka yang mempunyai paling banyak memori mengenai pelaksanaannya di sekolah-sekolah dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Saya telah menyatakan dalam tulisan-tulisan saya sebelum ini bahawa hujah dan kajian yang dibentang untuk menentang pelaksanaan PPSMI, baik tentang pencapaian murid, pencapaian guru, pencapaian KPM, aspek perundangan dan kehendak ibu bapa adalah hujah dan kajian yang dangkal. Saya hanya boleh bersetuju dengan hujah yang berkaitan dengan soal pembangunan dan perkembangan Bahasa Melayu sahaja. - tunfaisal.blogspot.com
No comments:
Post a Comment