Menurut Mustapha Ali yang lebih dikenali sebagai “Cikgu Pa” ini, dia ada “bukti” yang menunjukkan bahawa UMNO adalah dalang di sebalik insiden pemeriksaan Gereja yang cuba memurtadkan orang Islam itu. Cikgu Pa memberitahu bahawa dia ada “maklumat” dari sumber “dalaman” JAIS yang memberitahunya mengenai penglibatan UMNO berhubung tindakan agensi Kerajaan Negeri Selangor yang menguruskan hal ehwal Islam negeri itu.
Baiklah. Enggan minta maaf, ya? Bukti apa yang Cikgu Pa ada? Maklumat apa? Maklumat itu boleh digunakan sebagai bukti, kah? Cikgu Pa ada empat orang saksi? Jika ada, Cikgu Pa mesti memastikan saksi-saksi itu mesti tidak fasikh. Jika tidak hilang kelayakan jadi saksi. Kalau ada rakaman video, ia tidak boleh diambil kira memandangkan ia hanyalah “besi”!
Mengenai “maklumat dari sumber dalaman JAIS”. Baiklah. Apa bentuk maklumat itu? Ada dokumen? Sumber “dalaman” JAIS itu faxkan dokumen itu atau hantar “by hand”? Atau Cikgu Pa hanya menerima maklumat melalui panggilan telefon? Jika melalui panggilan telefon, ia tidak boleh dijadikan bukti. Ia hanyalah cakap mulut, atau “hear say” kata orang putih (Cikgu Pa bekas guru Bahasa Inggeris, kan? Tentu tahu maknanya).
Jadi, apa bukti yang menunjukkan penglibatan UMNO dalam hal ini? Sebenarnya, UMNO tak tahu apa-apa pun. UMNO ada banyak lagi kerja nak buat untuk memastikan rakyat menikmati kehidupan sebagai sebuah masyarakat yang bertamadun. Bukan macam Pas, sivik pun tak ada. Ada ke patut Pas campur tangan hal ehwal Kerajaan Negeri? Tak malu ke?
Seperkara lagi, Harakah Daily ada menulis bahawa Cikgu Pa akan memberitahu Pengarah JAIS mengenai “maklumat dalaman” itu dalam pertemuan JAIS – Pas nanti. Saya nak tanya Cikgu Pa, dah nyanyuk ke Cikgu? Cikgu Pa tak dengar ke titah DYMM Sultan Selangor yang melarang JAIS untuk bertemu dengan Pas berhubung kes pemeriksaan JAIS – GMDU ini?
Cikgu Pa nak JAIS kena murka dengan DYMM Sultan Selangor ke? Agak-agak la Cikgu Pa. Sedarlah sikit diri tu. Awak tu penjual agama Islam. DYMM Sultan tu Ketua Agama Islam Negeri Selangor. Boleh ke lawan titah Baginda Tuanku? Nak pergi jumpa juga dengan JAIS? Pas nak cuba “bakor” DYMM Sultan Selangor ke? Sebelum Pas “bakor” DYMM Sultan Selangor, baik kami “bakor” saja Cikgu Pa dan Pas dulu…
Sudah-sudahlah menipu di bulan Ramadhan ni, Cikgu Pa. Cikgu puasa ke tidak ni? Sedap-sedap saja menuduh UMNO itu dan ini. Orang yang tak tahu hujung pangkal pula disalahkan. Ataupun Cikgu Pa cuba nak “divert” kesalahan Pas pada UMNO? Dalam hal ini, jelas sangat Pas Selangor salah! Nak tahu kenapa? Sebab Pas Selangor tak pertahankan kebenaran Hasan Ali dan JAIS dalam hal ini, kan?
Pas sudah sedar bahawa mereka sudah tersilap langkah. Namun cuba menyalahkan UMNO pula dalam hal ini. Sedangkan penyokong UMNO, NGO Islam dan semua umat Islam menyokong JAIS dan sanggup mengenepikan soal politik untuk menyokong Hasan Ali, Pas tersentak kerana terlalu asyik mengikut telunjuk DAP. Itulah! Lain kali ber”setubuh” lagi dengan syaitan DAP tu. Kan dan jadi haru biru. - kitagempur.com
No comments:
Post a Comment