Agak terkejut dengan pendedahan yang telah dibuat oleh seorang bekas Komando TUDM,Mohd Kamel Haji Omar mengenai kes penipuan undi pos.Pendedahan berani ini harus diberikan perhatian serius oleh pihak SPR bagi mengelakkan perkara ini berlaku lagi selepas ini.
Pendedahan yang dibongkar dibawah ini sebenarnya rasional dan kemungkinan perkara ini boleh berlaku adalah tinggi.Kenapa saya kata begitu?Cuba baca pendedahan yang dibuat oleh beliau di Harakah.
“Saya berani tanggung risiko kerana menegakan kebenaran. Buat apa takut untuk berhadapan dengan penipuan sebab merekalah yang sebenarnya patut malu kerana bertindak sebagai pengkhianat memangkah undi pos tanpa pengetahuan si pengundi,” ujar pesara komando Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mohd Kamel Haji Omar yang berpangkalan di Butterworth.Beliau ketika menceritakan detik-detik yang berlaku pada pilihan raya umum ke-10 iaitu tahun tsunami politik Malaysia 1999 menjelaskan, undi pos memang talian hayat Umno dan Barisan Nasional (BN) seandainya rakyat berpaling tadah tidak menyokong parti pemerintah.Jelasnya, semua itu berlaku di hadapan matanya sendiri ketika diberikan amanah menjaga uncang undi pos sebelum dibawa ke tempat pengiraan.Menurut beliau, tidak dinafikan memang tiada penipuan ketika dihari pengundian secara pos kerana ada wakil parti yang bertanding tetapi ianya berlaku setelah uncang berkenaan dikumpul untuk dibawa di hari pengundian sesuatu pilihan raya sebenar.“Di hari tersebutlah pegawai dan orang pangkat bawah bertungkus lumus buat kerja memangkah kertas undi yang tiada bertuan atau lebihan kertas undi kerana si pengundi berpindah tempat kerja atau tidak datang menunaikan amanah kepada negara,” tambahnya.Contohnya, kata beliau satu uncang itu patut diisi 1,500 pengundi pos tetapi yang datang mengundi sekitar 1,000 orang sahaja. Maka, lebihan 500 undi lagi dipangkah oleh individu lain.Beliau terkejut apabila melihatnya sendiri setelah kembali dari tugasan mengambil uncang undi pos daripada pasukan lain seperti tentera laut dan darat di sebelah pulau untuk dikumpul di pangkalan TUDM, Butterworth.
Cuba lihat perenggan yang saya bold diatas itu.Itulah sebabnya kenapa saya katakan perkara ini sememangnya rasional boleh terjadi.Betul tak?Jika ada 1000 orang,x mungkin 1000 orang akan keluar mengundi kan?
Apa tindakan SPR mengenai perkara ini?adakah mereka akan menafikannya @ membuat siasatan mengenai perkara ini?Apa pula pendapat anda mengenai perkara ini?Mari kongsikan bersama-sama…
Sumber:http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4887-bekas-komando-tudm-pula-dedah-penipuan-undi-pos
No comments:
Post a Comment