"Saya sekarang sebatang kara. Rumah sudah kena roboh, lepas ni saya dan keluarga terpaksa tidur tepi jalan, kuil, atau di mana-mana saja," kata V Sugayindran.
KUALA LUMPUR: Salah serang penduduk di Kampung Haji Abdullah Hukum, Bangsar di sini hari ini kecewa kerana rumah yang didirikan di atas tanah miliknya sejak sekian lama dirobohkan oleh pemaju bagi tujuan pembangunan projek Kuala Lumpur Eco City.
Malah V Sugayindran, pemilik asal tanah berstatus hak milik kekal (freehold) seluas empat ekar di kawasan yang didiaminya sejak bergenerasi lamanya itu tidak diberikan sebarang pampasan oleh pemaju walau sesen pun.
“Saya sekarang sebatang kara. Rumah sudah kena roboh, lepas ni saya dan keluarga terpaksa tidur tepi jalan, kuil, atau di mana-mana saja yang boleh buat tempat kami berteduh,” katanya yang tinggal bersama tiga orang anak dan dua saudara ipar.
Lebih malang, apabila 1/4 daripada jumlah kawasan tanah miliknya itu bertukar tangan di luar pengetahuannya kepada individu yang tidak dikenalinya bernama Bhanshuklal Doshi sebelum dijual kepada Ambleside Sdn Bhd, salah sebuah anak syarikat pemaju SP Setia Sdn Bhd.
Kekeliruan mengenai status dan hak milik tanah sejak tahun 1995 itu terjawab apabila mahkamah pada 22 Jun lalu memutuskan ia milik Ambleside dan Kuala Lumpur Eco City Sdn Bhd (KLEC).
“Bagaimana mereka kata saya tiada hak sedangkan saya ada bukti geran tanah yang asalnya dimiliki oleh datuk saya sejak zaman sebelum Merdeka lagi.
“Saya dianaktirikan seperti pendatang asing”
“Pemaju pernah tawarkan saya berpindah ke rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) berdekatan tetapi dengan wang pencen yang hanya RM160 saya tak mampu,” katanya.

Sugayindran, merupakan salah seorang mangsa kerakusan projek pembangunan sekitar Bangsar di bawah KLEC, di mana 60 peratus pemegang sahamnya adalah SP Setia Sdn Bhd dan baki 40 peratus dipegang Yayasan Gerak Bakti Kebangsaan, satu entiti dipercayai milik Pemuda Umno.
Namun laporan akhbar pada 26 Julai lalu berkata SP Setia akan mengambil alih kesemua saham Yayasan Gerak Bakti Kebangsaan dalam KLEC bernilai RM75 juta.
Sehubungan itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mempersoalkan bagaimana KLEC memperoleh tanah seluas 25 ekar di kawasan tanah premium berdasarkan prinsip perkongsian untung pada nisbah 80:20 dengan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
“Sekiranya pengambilalihan terlaksana, ke mana keuntungan RM75 juta itu akan dibelanjakan?
“Kita harus ingat bahawa tujuan penubuhan yayasan tersebut adalah demi membasmi kemiskinan dan mempertingkat mutu hidup golongan Bumiputera berpendapatan rendah.
“Jadi bagaimana tindakan ni akan menguntungkan golongan sasar, terutamanya mereka yang telah dipindahkan atau adakah ini satu contoh
menerima keuntungan projek “atas angin” bagi pihak Pemuda Umno,” soalnya.

No comments:
Post a Comment