Hadi semakin lupa bahawa perjuangan partinya untuk menjadi pakatan pemerintah menggantikan UMNO dan Barisan Nasional bukan ditentukan semata-mata oleh DAP dan PKR tetapi oleh keikhlasan dan keyakinan PAS kepada Allah, khususnya menghalang perbuatan memurtadkan orang Islam sebagai satu daripada usaha mempermudahkan perjalanan mereka ke Putrajaya.
Klu-klek PAS jelas dan terserlah.
Malah, pendirian berbeza antara PAS Pusat dan Dewan Pemuda PAS ternyata amat berbeza. Pastinya ini menyerlahkan lagi sikap sebenar pemimpin Pusat PAS yang sanggup membelakangkan kepentingan Islam demi meraih undi dan sokongan ‘kafir harbi’ untuk ke tampuk kuasa.
Ketika pemimpin pusat PAS, khususnya Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang takut dan teragak-agak untuk menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Datuk Dr Hassan Ali, Pemuda PAS dengan tegas menentang arus.
Amat jelas, dalam menegakkan kepentingan Islam dan mengharungi isu murtad, Pemuda PAS lebih tegas dan pemimpin PAS pusat khususnya Hadi yang diiktiraf Tok Guru dan pemimpin agama besar oleh pengikutnya ternyata bimbang akan kehilangan sokongan DAP dan PKR.
Terserlah juga Hadi mementingkan undi dan menang pilihan raya sehingga sanggup menggadaikan Islam demi menjamin laluan ke Putrajaya ‘selamat dan laluan dibuka oleh bukan Islam’.
Hadi semakin lupa bahawa perjuangan partinya untuk menjadi pakatan pemerintah menggantikan UMNO dan Barisan Nasional bukan ditentukan semata-mata oleh DAP dan PKR tetapi oleh keikhlasan dan keyakinan PAS kepada Allah, khususnya menghalang perbuatan memurtadkan orang Islam sebagai usaha mempermudahkan perjalanan mereka ke Putrajaya.
Keyakinan Dewan Pemuda PAS terhadap penjelasan Dr Hassan ditunjukkan dengan jelas apabila dewan itu mempertahankan tindakan JAIS dan Datuk Dr Hasan berhubung kontroversi serbuan ke atas sebuah gereja minggu lalu sambil menyifatkan terdapat “bukti” adanya usaha mahu memurtadkan umat Islam.
Ketuanya Nasrudin Hassan berkata, pendirian itu diambil setelah mendapatkan penjelasan daripada Hasan selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor di Shah Alam petang semalam.
Amat nyata, JAIS melakukan serbuan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya dengan berlandaskan kepada prinsip dan tanggungjawab agensi penguatkuasaan itu untuk mempertahankan akidah umat Islam serta kesucian agama tersebut.
“Kami berpuas hati dengan penjelasan yang diberi Datuk Hasan. Tindakan JAIS juga kami sokong dan wajar memandangkan pendekatan yang diambil adalah untuk mempertahankan Islam dan wajar disokong oleh semua pihak agar tidak timbul sebarang keraguan. “JAIS ambil kesempatan dalam setiap tindakan dan penguatkuasaan iaitu menepati kaedah atau prosedur untuk difahami dan patuhi segala peraturan yang ada,” katanya seperti dilaporkan oleh The Malaysian Insider semalam.
Dalam pertemuan kira-kira sejam dengan Dewan Pemuda PAS Dr Hasan juga memberitahu JAIS mempunyai bukti kukuh untuk mengambil tindakan ke atas gereja itu.
“Beliau (Hasan) menyebut Jais ada asas yang kukuh untuk memeriksa gereja dan (mempunyai) bukti kukuh untuk (mengambil) tindakan itu,” katanya.
Justeru Dewan Pemuda PAS meminta semua pihak agar menyokong tindakan itu dan tidak timbul sebarang keraguan terhadap tindakan JAIS.
Pendirian ini memalukan pemimpin PAS seperti Hadi, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Timbalan Presiden Mohamad Sabu, Khalid Samad serta yang lain yang terus mahu bertemu JAIS dan Gereja Methodist Damansara Utama.
Pada ketika surat dihantar melalui faks ke pejabat kedua-dua badan itu pagi semalam untuk mengadakan pertemuan 15 dan 16 Ogos ini, Dewan Pemuda PAS sudah membuat keputusan untuk mempercayai Dr Hassan dan JAIS.
Memang kenyataan ini pahit bagi pemimpin Pusat PAS tetapi Nasrudin Hassan nampaknya memilih keredaan Allah daripada ‘menyembah kafir Harbi’ demi kuasa dan jalan ke Putrajaya!
No comments:
Post a Comment