Dalam dua hari ini, terdapat dua isu yang hangat diperkatakan iaitu minuman Starbucks Coffee adalah didakwa mengandungi unsur arak dan barangan kosmetik SimplySiti menggunakan unsur babi dalam produk mereka. Oleh kerana bertindak melulu tanpa sebarang usul periksa, beginilah jadinya.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menafikan dakwaan pengguna laman Facebook dan Twitter tentang larangan meminum produk Starbucks Coffee kerana disahkan mengandungi unsur arak. Memetik sebaran media yang dikeluarkan Jakim,
Restoran Starbuck Coffee telah mendapat Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM bermula dari 1 Ogos 2009 dan akan tamat pada 31 Julai 2012. Justeru JAKIM menasihatkan pengguna yang ingin ke restoran Starbuck Coffee maka perlu melihat Sijil dan logo halal yang dipamerkan di restoran tersebut atau merujuk www.halal.gov.my untuk pengesahan.
Pada masa yang sama, Mynewshub melaporkan bahawa Siti Nurhaliza mendakwa bahawa dirinya telah difitnah selepas isu berus dalam produk kosmetiknya didakwa tidak halal. Walaubagaimanapun, Dato’ Siti Nurhaliza menafikan melalui Twitter beliau,
“Semua produk SS & berus yg digunakan dlm produk adalah mendapat kelulusan HALAL drpd jakim dan pemeriksaan adalah dibuat sblm setiap produk dihasilkan dan kita akan mengenal pasti dan memperbaiki setiap usaha utk memastikan setiap produk mendapat kelulusan jakim.” – Siti Nurhaliza

No comments:
Post a Comment