Asalnya ditahan dengan kokain seberat 850 gram, akhirnya hanya perlu membayar denda RM5,000!
11 Mac 2010 - Benjy ditahan polis buat pertama kalinya pada sekitar jam 2.30 pagi, Khamis, 11 Mac 2011, bersama teman wanitanya kerana disyaki mengedar dadah, didakwa melakukan kesalahan itu di rumah bernombor A-6-5 Menara Duta 2, Jalan 1/38B Off Jalan Segambut di sini pada 4 petang 11 Mac 2010.
Ketika ditahan, Benji didapati positif dadah methamphetamine dan telah ditahan reman selama 7 hari bersama teman wanitanya yang berusia 24 tahun itu, bagaimanapun tempoh tersebut telah dipanjangkan oleh polis hingga 25 Mac 2011.
Benjy didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Bagaimanapun, tuduhan mengedar dadah itu digugurkan oleh pihak pendakwaan yang diketuai oleh Timbalan Pendakwaraya Suhaima Mohd. Noor, dan beliau hanya didakwa atas tuduhan memiliki syabu sahaja.
Benjy diwakili oleh Peguam Amer Hamzah Arshad, peguambela yang sama bagi tertuduh kes jutawan kosmetik terkenal, Datuk Sosilawati Lawiya, yang sedang berlangsung sekarang.
25 Mac 2010 - Pada pagi itu, Majistret Hafizza Sauni membenarkan Benjy dijamin sebanyak RM2,000 setelah pelakon itu mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan memiliki dadah jenis methamphetamin (syabu) seberat 0.24 gram.
Benji dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM2,000 yang dibayar oleh ibunya yang juga pelakon terkenal, Azean Irdawati, namun ditahan semula dua jam selepas itu, iaitu sekitar jam 2.50 petang.
Benjy kini menghadapi dua pertuduhan iaitu memiliki dadah jenis syabu seberat 0.24 gram di sebuah rumah di Menara Duta 2, Jalan 1/38B Off Jalan Segambut di sini pada 4 petang 11 Mac lalu, manakala bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memiliki 0.14 gram dadah.
Kali ini, beliau ditahan semula untuk siasatan mengikut Seksyen 3, Langkah-Langkah Pencegahan Khas dan kawalan Akta dadah Berbahaya 1985.
5 Mei 2010 - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan ‘habeas corpus’ Benjy yang memohon pembebasannya daripada tahanan mengikut Seksyen 3, Langkah-Langkah Pencegahan Khas dan kawalan Akta dadah Berbahaya 1985.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan habeas corpus Benjy yang memohon pembebasannya daripada tahanan mengikut Seksyen 3, Langkah-Langkah Pencegahan Khas dan kawalan Akta dadah Berbahaya 1985.
Peguam Kanan Persekutuan, Najib Zakaria memaklumkan bahawa Benjy mula dtahan di Pusat Tahanan Pemulihan Akhlak Muar atas arahan Menteri mengikut Seksyen 6, yang menyentuh kuasa mengarahkan penahanan bagi tempoh tidak melebihi dua tahun oleh Menteri jika beliau (Menteri) puashati bahawa orang itu terbabit dalam pengedaran dadah.
13 Dis 2010 - Majistret Hafizza Sauni menetapkan tarikh 11 Januari 2011 untuk sebutan semula kes Benjy, berhubung dua pertuduhan memiliki dadah pada Mac lalu.
11 Jan 2011 - Sebutan semula kes Benjy bermula di Mahkamah Majistret di depan Majistret Hafizza Sauni, manakala pendakwaan pula dilakukan olehTimbalan Pendakwa Raya, Noor Mawarni Abd. Halim, dan Benjy masih diwakili oleh peguambela, Amer Hamzah Arshad.
Benjy dituduh memiliki dadah jenis syabu seberat 0.24 gram di sebuah rumah di Menara Duta 2, Jalan 1/38B Off Jalan Segambut di sini pada 4 petang 11 Mac lalu, manakala bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memiliki 0.14 gram dadah.
Dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun.
17 Ogos 2011 – Majistret Hafizza Sauni menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Benjy atas pertuduhan tersebut dan didenda RM5,000 atau penjara enam bulan jika gagal membayar denda.
Majistret Hafizza Sauni membuat keputusan terhadap anak lelaki tunggal pelakon dan seniwati terkenal tanahair, Azean Irdawaty, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan pertuduhan terhadap pelakon itu.
Sebanyak 14 saksi pendakwaan dan dua orang saksi pembelaan termasuk Benjy telah dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan berlangsung sejak awal tahun ini.
No comments:
Post a Comment