Showing posts with label ksu. Show all posts
Showing posts with label ksu. Show all posts

Sunday, November 27, 2011

KSU kena letak jawatan & lantik semula secara kontrak


Semua ketua setiausaha (KSU) kementerian akan dikehendaki meletak jawatan dan memohon semula jawatan mereka secara kontrak, lapor Utusan Malaysia Online.

Akhbar milik Umno yang memetik sumber itu melaporkan tindakan berkenaan adalah sebahagian daripada program transformasi dalam perkhidmatan awam. Di bawah program itu Skim Saraan Malaysia (SSM) akan diganti dengan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SSBPA).

Menurut laporan berkenaan, prestasi semua KSU itu akan dinilai dalam tempoh kontrak tersebut.

Tuesday, October 11, 2011

Tak perlu laporan polis bagi sijil, lesen, pasport hilang



Orang ramai tidak perlu lagi membuat laporan polis bagi sebarang penggantian berhubung kehilangan dan kerosakan sijil kelahiran, pasport Malaysia, sijil perkahwinan, sijil akademik, perakuan pendaftaran kenderaan dan lesen memandu serta geran tanah.

Perkara itu terkandung dalam Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2011 yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri pada 29 Sept lalu.