KUALA LUMPUR, 3 JAN 2012: Niat empunya diri sekadar mahu memeriahkan majlis Splash Party anjuran sebuah majalah hiburan namun kini artis baru naungan KRU, Iqa atau lebih dikenali dengan nama Iqa Mentor mengakui tertekan apabila gambarnya dalam keadaan basah disebarkan di blog-blog dan laman sosial.
Tidak selesa dengan situasi yang sedang dialaminya, jelas Iqa Mentor, dia kecewa kerana gambar tersebut disebarkan dan dijadikan bahan sensasi sesetengah pihak.
