Friday, September 7, 2012

Zaquan Adha Anggap Rita Rudaini Meroyan Di Twitter


Sememangnya Twitter adalah tempat untuk meluahkan perasaan bagi sesetengah orang. Kalau anda orang biasa, tak ada siapa peduli dengan kata-kata penuh emosi anda. Namun kalau anda seorang selebriti seperti Rita Rudaini, pastinya setiap tweet yang dihantar boleh menimbulkan persoalan.

Susulan kenyataan daripada Ayu Raudhah yang ingin berehat untuk mendapatkan cahaya mata, Zaquan Adha telah menganggap Rita Rudaini meroyan melalui status updatenya di Twitter. Walaupun tweet Rita Rudaini tidak dinyatakan secara khusus ditujukan kepada sesiapa, nampaknya Zaquan dapat menangkap siapa yang dimaksudkan oleh Rita.

Walaupun dicop meroyan oleh Zaquan di dalam Twitter, Rita Rudaini membalas dengan menyatakan Zaquan yang sebenarnya meroyan. Makin mendalam konflik keluarga ini sebenarnya.



Bagi Abang Nara, kalau dah sampai bab-bab begini, tak perlu rasanya diterbitkan menerusi dunia Twitter atau Facebook. Lagi-lagi kalau anda seorang selebriti. Ramai mata yang memerhatikan anda. Mungkin Rita ada sebabnya tertentu dan memang tiada tempat lain untuk meluahkan isi hatinya.








No comments:

Post a Comment