Orang kata, mulut tempayan boleh lah kita tutup tapi kalau mulut orang ni, memang susah nak handle. Itulah nasib yang terpaksa diharungi Norhayati Hamzah atau lebih mesra dipanggil Yatt kini tidak lagi melenting atau ambil hati apabila dikritik. Dia mula belajar untuk menjadi seorang yang sabar, tabah dan bersikap pemaaf.
Tapi apa yang lebih pelik, Yatt menjelaskan isu tersebut sama sekali tidak betul kerana dia sendiri tidak pernah muncul dalam mana-mana program masakan. Ah pulak?!
“Siapalah yang mereka cerita. Sejak berhijrah saya tidak pernah terbabit dalam program masakan jadi bila masanya saya memasak dan memandai-mandai memberi arahan kepada orang lain. Tetapi saya tak marah dan ok saja kerana saya anggap ini semua dugaan daripada Allah terhadap hamba-Nya yang baru berubah macam saya,” ujar Yatt.
Menurut Yatt lagi, sejak berhijrah dia lebih suka menyibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti keagamaan dan berkongsi pengalamannya sebagai seorang pelakon. Yatt turut memaklumkan yang beliau lebih selesa bercakap dengan pelajar universiti kerana mereka adalah sebaya dan banyak cerita yang boleh dikongsikan bersama.
Apabila mengulas mengenai kecenderungan di kalangan artis yang berdakwah menerusi platform politik, jelas Yatt itu semua terpulang pada pilihan masing-masing. Baginya, berdakwah pada jalan Allah banyak cabangnya, tetapi walau apa pun carilah ilmu dulu iaitu berguru dengan mereka yang bijak pandai dalam agama sebelum mengeluarkan sesuatu pendapat.
“Jika ada rakan artis yang memilih jalan lain untuk berdakwah, kita kenalah menghormati pilihannya. Saya dan rakan-rakan saling mengingati diri masing-masing, kalau ada yang melakukan kesilapan pasti ada yang akan menegur tanpa rasa kecil hati atau merajuk.
Yatt juga ada menyatakan hasrat hatinya yang ingin menjadi ustazah. “Terselit juga dalam hati nak jadi ustazah, tetapi kenalah mendalami agama lagi,” katanya.
Kepada Yatt, gambar di bawah ini amat jelas menggambarkan tentang perangai sesetengah orang yang begitu.
No comments:
Post a Comment