Tuesday, September 25, 2012

Punca perpisahan Anne Ngasri dan Aliff Aziz? Kami ada rangkuman tersendiri.



Aliff Aziz dan Anne Ngasri kini telah membawa haluan masing-masing. Menurut Anne, perpisahan berlaku mungkin kerana tiada jodoh antara mereka (jawapan cliche) dan dia serahkan segala-galanya pada Allah. Apabila diminta mengulas punca perpisahan mereka, Anne Ngasri menjawab biarlah punca perpisahan mereka itu menjadi rahsia antara mereka berdua sahaja.


“Biarlah rahsia dan ia akan menjadi rahsia kami berdua sahaja,” jawabnya ringkas dan tidak mahu diminta lagi disoal mengenai peribadinya itu lagi apabila ditanya oleh portal Murai.

Dalam laporan sisipan akhbar BPop, Berita Minggu hari ini, Anne telah mengesahkan hubungan cintanya dengan penyanyi Sayang Sayang itu sudah pun putus. Namun keputusan dibuat bukan atas tekanan keluarga atau kenyataan kakaknya, Darling kepada rakan media sebelum ini. Bahkan ia hanya membabitkan dirinya dengan Aliff yang dikatakan cukup peribadi.

Ibu tunggal kepada tiga orang anak ini mula menjalinkan hubungan cinta bersama Aliff sejak awal tahun lalu dan sejak itu kisah hubungan cinta mereka selalu sahaja mendapat tumpuan ramai media dan peminat.


Kadang-kadang bukan nak fikir buruk, tapi selalunya isu-isu macam ni nampak sangat macam dah dirancang. Contohnya, artis nak saman blog hiburan. Lepas dah kecoh dalam media massa satu Malaysia, lepas tu kes tersebut langsung dah tak dengar cerita. Dan yang seperti kisah Anne dan Aliff Aziz ni, nampak macam “Nah aku kasi kau 10 ringgit, kita berlakon kononnya bercinta. Dah puas masuk paper nanti dan bila dah sejuk kisah kita, kita panaskan balik dengan kisah kita putus pulak. Deal?!!”. Mungkin lebih kurang macam tu la kot perancangannya. Tapi kami tak katalah si Anne dan Aliff Aziz ni punya perancangan macam tu. Tapi rata-rata kisah macam ni, sangat membosankan ye tak? Kalau dah sama-sama suka, nikah ajelah. Ini masa bercinta kepoh satu Malaysia, lepas tu putus pun kecoh satu Malaysia. Itulah artis kan, kahwin masuk Nona, bercerai masuk Melodi. Heh!

No comments:

Post a Comment