Tuesday, September 25, 2012

Apex Sahut Cabaran Johara Pagi Era Main Ping Pong



KUALA LUMPUR, 25 SEPT 2012: Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex, 24, mengakui sanggup menyahut cabaran untuk bermain ping pong anjuran radio Era FM.

Malah, Apex yang menerima pelawaan tersebut daripada Hanif mewakili Johan dan Ray memberitahu , dia tidak gentar untuk bertarung dengan Johan yang dianggap juara Ping Pong di Astro.


"Ya, saya ada baca pelawaan tersebut. Saya sanggup menerima cabaran berkenaan. Sebagai atlet, saya tidak gentar dengan cabaran tersebut.

"Insya-Allah, apabila ada masa terluang nanti, saya akan bertarung dan bermain ping pong dengan mereka. Tidak kisahlah, saya sama ada saya akan dipertemukan dengan Johan, Haniff atau pun Ray nanti," ujarnya ketika dihubungi murai.com.my pagi tadi.

Dalam pada itu, Apex mengakui amat mengemari segmen gosip yang dikendalikan Johan sebagai Mak Jemah.

"Setiap pagi, saya tidak akan lepaskan peluang untuk mendengar celoteh mereka bertiga. Apatah lagi Johan. Saya suka mendengar celoteh si Mak Jemah tu. Sampai tidak kering gusi dibuatnya. Apapun, saya sangat teruja menanti masa yang sesuai untuk bertemu mereka," katanya.

Selain menjadi pendengar setia Johara, Apex turut menjadi pendengar setia segmen hujung minggu di THR Gegar setiap Jumaat dan Sabtu iaitu Pilihan Malam Minggu.

"Kalau celoteh pagi, saya pilih Johara. Tetapi pada sebelah malam hujung minggu, saya suka mendengar THR Gegar. Segmen Pilihan Malam Minggu.

"Saya suka segmen ini kerana segmen berkenaan banyak memainkan lagu Hindi yang menjadi kegemaran saya. Kebanyakan lagu Hindi yang saya suka adalah daripada filem Mohabbatein dan Mann," jelasnya.

No comments:

Post a Comment