Tuesday, September 18, 2012

Nubhan AF6 mula bangkit tuntut hak royalti



Selama ini penyanyi muda, Nubhan lebih selesa berdiam diri dan mengambil sikap tunggu serta lihat. Bagi penyanyi yang bakatnya dicungkil menerusi program realiti Akademi Fantasia (AF), selagi boleh bersabar dan isu pembayaran royalti oleh bekas syarikat rakaman seperti didakwanya dapat diselesaikan cara baik, dia akan terus menanti dengan reda.


Namun, selepas dua tahun album sulung, Langkah Nubhan dipasarkan, belum ada tanda syarikat rakamannya mahu membayar royalti. Perkembangan itu sungguh mengecewakan Nubhan. 

“Saya pernah bertanya soal royalti kepada pihak pengurusan. Malangnya, jawapan diterima amat mendukacitakan, malah saya anggap bagai kurang sopan dan berdolak-dalik. Saya sekadar menuntut hak sebagai penyanyi dalam album itu,” katanya yang tidak dapat menaksir nilai tunggakan royalti berkenaan. 

No comments:

Post a Comment