Tuesday, September 11, 2012

Mizz Nina dah dua kali di konsert syarikat arak, tiada bantahan ..


Penyanyi Mizz Nina memberitahu dia berasa pelik kerana mengapa baru sekarang segelintir pihak persoalkan mengenai dia yang mendapat tajaan dari sebuah syarikat minuman keras bagi mengadakan satu persembahan.

Memetik kenyataan di portal murai.com.my, penyanyi ini mengakui mengetahui persembahannya yang bakal dijayakan mendapat penajaan syarikat itu. Difahamkan penyanyi Ning Baizura juga turut membuat persembahan.

"Persembahan yang akan berlangsung pada 28 September itu hanyalah pra persembahan saja. Ini adalah tahun ketiga saya terlibat dengan persembahan ini.

"Untuk majlis itu, saya hanya dijemput untuk mengadakan persembahan saja. Tidak lebih dari itu. Pada persembahan sebelum ini, saya pernah meminta kepada pihak penganjur supaya tidak menghidangkan arak dalam persembahan saya.

"Apa yang saya boleh katakan, saya hanya pergi untuk buat persembahan dan tidak pernah melibatkan diri dengan sebarang promosi yang berkaitan dengan jenama arak itu," ujar Mizz Nina. 


Dalam pada itu, Nina beranggapan berkemungkinan isu ini bangkit selepas dia kini sah bergelar isteri kepada Noh Hujan.

"Saya memang tahu gambar saya ada digunakan dalam poster itu. Tapi, kenapa baru tahun ini isu ini dipersoalkan. Kalau boleh saya tidak mahu membesarkan hal ini. Mungkin isu ini dibangkitkan segelintir peminat disebabkan saya sudah berkahwin. Sejujurnya, saya sudah melibatkan diri sebagai artis undangan dari tahun 2010 dan 2011 lagi.

"Sekali lagi saya tegaskan, saya hanya datang untuk buat persembahan saja. Lagipun, keluarga saya mengetahui dan bersetuju dengan penglibatan saya," jelasnya.


No comments:

Post a Comment