Penyanyi yang popular menerusi laman perkongsian video Youtube, Ainan Tasneem mengakui dirinya sudah berpunya dan tidak kekok untuk mendedahkan perkara berkenaan. Baginya, dia tidak kisah orang mengetahui statusnya itu kerana tidak mahu ada percakapan negatif mengenainya dan kekasihnya itu apabila terserempak dengan peminat.
Perkara ini didedahkan oleh Ainan Tasneem sendiri menerusi ruangan akhbar Pancaindera, Ainan mengakui yang hatinya sudah dimiliki. Namun Ainan masih ingin merahsiakan identiti kekasih hatinya itu. Katanya beliau tidak mahu hipokrit dengan peminat dan percaya peminatnya boleh terima statusnya itu.
“Saya cuma mahu beritahu semua orang yang saya sudah berpunya. Jadi tidak timbullah cakap-cakap orang bila nampak saya berjalan dengan dia di luar nanti. Saya tahu benda ini terlalu personal, tapi saya kena jelaskan. Saya tak nak dicop sebagai hipokrit. Bermati-matian mengaku dengan wartawan yang saya belum ada kekasih, walhal ada. Hanya itu nawaitu saya.” jelasnya dalam akhbar berkenaan.
No comments:
Post a Comment