Wednesday, September 12, 2012

Kereta Zed Zaidi Dicuri Oleh Musuh Yang Dikenali


Terkini, menerusi laporan pihak mStar Online, Zed Zaidi yang merupakan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) telah kehilangan kereta di kawasan rumahnya, Kondominium Perdana View, Damansara Perdana, petang semalam.

Menerusi laporan tersebut, Zed Zaidi melaporkan yang dia menyedari keretanya hilang setelah pulang dari sebuah pusat membeli-belah bersama isteri, Natalia Mustafa Kamil, 29 dan anak mereka Ryan Ziqry yang baru berusia dua bulan.

Menurut Zed lagi, kereta yang hilang itu sebenarnya diletakkan di tempat kereta luar kondominium, kerana pihak pengurusan kediaman hanya membenarkan sebuah kereta pemilik sahaja boleh diletakkan dalam kawasan tempat tinggal dan kunci kereta tersebut sebenarnya berada dalam simpanan isterinya.

Dalam laporan yang sama, Zed turut melahirkan rasa kecewanya kerana alat pengesan yang dipasang di dalam kereta tersebut tidak berfungsi dan dia beranggapan penjenayah berkenaan pasti mahir dalam hal berkaitan kecurian kereta. Zed turut menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hatu ketika melatakkan kenderaan agar kejadian sepertinya tidak berlaku.

Berikutan kejadian tersebut, isteri Zed Zaidi telah membuat laporan polis di Balai Polis Mutiara Damansara, malam semalam dan ini merupakan kejadian kedua selepas kereta Zed Zaidi dikatakan hilang pada tahun 2007 yang lalu.

No comments:

Post a Comment