Wednesday, August 1, 2012

Peraduan Karang Cerita Sempena Aidilfitri MIDEA

Midea & Kosmo! yang bertemakan kasih sayang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM20,000 seperti produk-produk elektrik.
Sempena bulan Ramadan dan Syawal yang bakal menjelma, syarikat peralatan elektrik Midea Scott & English Electronics Sdn. Bhd. (Midea) meraikan keindahan berhari raya bersama pembaca setia Kosmo! melalui satu peraduan menarik.

Jika anda bijak mengarang cerita berdasarkan gambar, pastinya peraduan ini memberi khabar gembira buat anda. Peraduan reka cipta cerita Midea & Kosmo! yang bertemakan kasih sayang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM20,000 seperti produk-produk elektrik.

Antaranya pendingin hawa penyongsang plasma model MSPI-09CRD, periuk tekanan MY-SS50B, periuk nasi MB-FC18JB, cerek jimat tenaga MK-20H01B, mesin basuh MFL60-800 serta set dapur memasak dan hud HWS-J08 + MGH-0633B bagi hadiah utama yang bernilai RM8,900.

Pengarah Urusan Midea, Ng Kong Chin berkata, peraduan itu merupakan salah satu daripada program tanggungjawab korporat sosial (CSR) syarikat tersebut dalam usaha melahirkan masyarakat penyayang. Jelasnya, melalui program ini, Midea ingin menggalakkan agar semua individu tanpa mengira pangkat atau kedudukan, miskin atau kaya perlu meletakkan penekanan dalam aspek menghargai dan memaafkan dalam kehidupan seharian.


“Justeru, sempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi, kami percaya ia satu tempoh yang paling sesuai untuk menganjurkan peraduan sebegini. Diharap para pembaca Kosmo! merebut peluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik yang disediakan dengan cara menyertai peraduan reka cipta cerita ini,” ujar Kong Chin ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini.


Untuk menyertainya, dapatkan borang asal peraduan dalam akhbar Kosmo. Borang peraduan tersebut akan disiarkan pada setiap hari Rabu bermula pada 1 hingga 22 Ogos ini. Penyertaan terbuka kepada semua warganegara Malaysia kecuali warga kerja Utusan Malaysia, Kosmo! dan Midea Scott & English Electronics. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 31 Ogos 2012.

Midea merupakan satu jenama peralatan elektrik terkemuka dan terbesar di China. Syarikat Midea Scott & English Electronics Sdn. Bhd. berada di pasaran Malaysia sejak empat tahun lalu bermula tahun 2009. Untuk maklumat lanjut mengenai produk Midea, layari laman web www.midea.see.com.my.

No comments:

Post a Comment