Tuesday, July 10, 2012

Si Comel Mia Sara Azam Puasa Penuh


Pastinya ramai yang menantikan kehadiran bulan suci Ramadhan Al-Mubarak memandangkan inilah masa untuk semua umat Islam menumpukan sepenuh masa beribadat dengan tekun kepada Allah S.W.T.

Pelakon cilik, Mia Sara Nasuha Mohammad Ridhuan, 7, juga tidak melepaskan peluang untuk menghadapi kehadiran bulan Ramdhan nanti.

Kata Mia, dia mahu mencuba puasa penuh untuk tahun ini berbanding tahun-tahun sebelum ini.

“ Tahun lepas Mia puasa dalam 20 hari macam tu. Kalau boleh, tahun ni, Mia nak berpuasa penuh.

“ Mia nak pergi solat terawikh dan macam-macam lagilah Mia nak buat,” kata Mia yang petah berbicara ketika ditemubual oleh Mynewshub.my di kediamannya di sini hari ini.

Bukan itu sahaja, kanak-kanak cilik itu juga mengambil kelas mengaji malam seperti biasa untuk menambah ilmu pengetahuannya dalam bidang agama.

“Mia selalu pergi kelas mengaji setiap malam Rabu. Dekat kelas tu, Mia belajar mengaji dan belajar tajwid,” katanya.



Bapa Mia, Mohammad Ridhuan, 37, berkata, aktiviti seni Mia untuk sepanjang bulan Ramdhan pula terpaksa dikurangkan memandangkan ingin memberikan masa buat Mia supaya tidak berasa letih.

Tetapi, sekiranya mempunyai jemputan majlis tertentu, dia akan berusaha untuk memenuhi permintaan undangan tersebut.

“Untuk tahun ini, saya kurangkan penglibatan Mia untuk berlakon. Sebab dah dua tahun berturut-turut Mia aktif semasa bulan puasa. Jadi, saya dah kosongkan jadual Mia. Tapi, kalau ada jemputan macam majlis berbuka puasa ke, itu akan saya pertimbangkan,” kata Mohammad Ridhuan.

Mia telah terlibat secara rasmi dalam dunia lakonan sejak dia berumur lima tahun lagi dengan kemunculan pertamanya dalam drama Adam Maya.

Semenjak itu, rezeki Mia dalam bidang lakonan semakin mencurah-curah selain berpeluang menjadi model kanak-kanak dalam beberapa produk berjenama serta kerap muncul dalam iklan majalah-majalah tempatan.


Mia baru sahaja selesai menjalani pengambaran sitkom drama judul ‘Bazaar Al-Mubarak’ terbitan TV Al-Hijrah ahad lalu.

No comments:

Post a Comment