Tuesday, July 10, 2012

Jongkong Emas Menanti Skuad Badminton Olimpik


Datuk Lee Chong Wei masih menjadi taruhan terbaik Malaysia untuk meraih pingat emas pada Sukan Olimpik. Namun katanya, negara juga boleh bergantung kepada beregu campuran (Chan Peng Soon-Goh Liu Ying) dan beregu lelaki (Koo Kien Keat-Tan Boon Heong) juga berpotensi dan antara pemain berpengalaman.

KUALA LUMPUR – Jongkong emas untuk pemenang pingat emas.

Itulah ganjaran yang bakal diterima pemain badminton Malaysia yang menyumbangkan pingat emas kepada negara pada Sukan Olimpik London akan datang.

Memperkenalkan insentif itu pada sidang media di sini hari ini, Presiden Kuala Lumpur Rackets Club (KLRC), Datuk Seri Andrew Kam berkata, beliau akan menyerahkan jongkong emas seberat 12.5kg bernilai lebih RM2 juta itu kepada pemenang pingat emas.

"Jika terdapat lebih daripada dua pemenang pingat emas, jongkong emas itu akan dibahagikan sama rata,” katanya bahawa insentif jongkong emas itu hanya diberikan kepada pemain badminton kerana beliau meminati sukan berkenaan.

Melontarkan cabaran kepada pemain badminton negara meraih pingat emas pertama Malaysia di Olimpik, beliau berkata, tumpuan rakyat Malaysia ialah terhadap pemain badminton kerana peminat meminati sukan berkenaan.


"Saya boleh menghasilkan emas, saya percaya mereka juga boleh menghasilkan emas (pingat),” kata Kam yang memiliki lombong emas di Raub, Pahang. – BERNAMA


No comments:

Post a Comment