Sunday, July 29, 2012

Reza AF3 Sertai Suria FM


Bekas penyampai radio Era FM, Reza Mohamed disahkan akan menyertai keluarga Suria FM.

Perkara ini diumumkan sendiri oleh Pengurus Operasi Suria FM, Subarma Mokhtar (Subi) kepada sebuah portal berita, baru-baru ini.

"Pemilihan Reza dibuat selepas melihat kredibilitinya yang pandai menarik perhatian sasaran pendengar dengan celotehnya yang bersahaja.

"Malah ketika dia mengacarakan program realiti Pilih Kasih di TV2 baru-baru ini, pihak kami telah memintanya datang ke studio untuk melihat keserasiannya sebagai penyampai radio Suria FM.

Difahamkan, Reza kini sedang menjalani latihan sebelum memulakan tugas sebagai penyampai di stesen radio itu.

Sementara itu, Subi juga mengesahkan akan meninggalkan Suria FM berkuat kuasa 31 Julai ini kerana ingin menumpukan perhatian dalam bidang pernigaan dan pembangunan perisian komputer.


Pengumuman ini sekaligus menolak andaian kononnya dia menghadapi tekanan sehingga memaksanya meninggalkan stesen radio itu.

No comments:

Post a Comment