Sunday, July 29, 2012

NoorFarashikin bekas isteri hattan saman oh bulan RM1 juta


Portal hiburan terkemuka di Malaysia ohbulan.com di saman oleh Noorfarashikin Othman bekas isteri penyanyi Hattan,dikatakan menyiarkan artikel fitnah mengenainya

Beliau berkata artikel itu antara lain bermaksud beliau merupakan seorang yang curang, tidak boleh dipercayai dan isteri yang tidak setia

Kesan dari penyebaran artikel itu,memetik dari sumber berita bernama, reputasi peribadi dan profesionalnya telah rosak dan beliau mengalami kesedihan, rasa malu dan tersinggung perasaan

Justeru, beliau menfailkan saman bagi menuntut ganti rugi RM1 juta terhadap pemilik blog hiburan Oh Bulan.
Noorfarashikin Othman yang juga seorang peniaga, menfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi, pada 3 Julai lalu melalui Tetuan Ranjit Singh & Yeoh dengan menamakan Driven Communications Sdn Bhd sebagai defendan.


Terdahulu, Hattan dan Farah Asyikin bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah pada 12 Januari lalu selepas disatukan pada 11 November 2011 di kediaman penyanyi tersebut di Seri Menanti.


Gambar Hattan dan bekas isteri ( Farah Asyikin )

No comments:

Post a Comment