Wednesday, July 18, 2012

Peminat Justin Bieber, Jay Park, Kamilia, Kara dan Mizz Nina Pecah Rekod!


MTV World Stage Live In Malaysia 2012 yang berlangsung di Surf Beach, Sunway Lagoon yang berlangdsung pada Sabtu lalu, sukses memecah rekod konsert MTV Worldstage sebelum ini dengan kehadiran lebih 16,000 (Beliebers, Jaywalkerz, Kamilia's dan peminat Mizz Nina)membanjiri taman tema ni menyaksikan penghibur bertaraf dunia, Justin Bieber, K-pop sensasi Jay Park dan Kara serta ratu Hip Hpo tanah air, Mizz Nina.,

Kehangatan konsert kali ini mula terasa seawal jam 5 petang lagi apabila ribuan peminat telah terpacak di pintu utama sambil ber-tweet, memuatnaik gambar-gambar sekaligus berkongsi melalui Instagram. Menarik, mesej-mesej mereka di Twitter turut dipaparkam di skrin gergasi yang di sebelah kirti dan kanan pentas.

Kira-kira jam 6.35 petang bintang sensas dunia kelahiran Kanada, Justin Bieber. Tampil berbaju hitam dan seluar merah Bieber yang mucul dari tengah pentas memulakan persembahan penuh bertenagan dengan lagu hits, Baby. Pada persembahan yang berlangsung hampir 45 minit itu, Bieber juga tidak henti-henti memuji para peminat Malaysia yang tidak putus-putus memberi sokongan kepadanya.


..
.



..
"Hai Malaysia! Gembira dapat kembali ke sini semula. Saya sayang awak semua. Saya sanggup melakukan apa saja demi peminat-peminat saya, lantas meneruskan persembahan dengan As Long As You Love Me, Never Say Never, One Time, Around The World, Die In My Arm, Be Alright dan Boyfriend.
..
..
..
..
..
..

Kemudian, selepas lebiH kurang setengah konsert berhenti, persembahan diteruskan dengan penampilan lima gadis cantik lagi seksi Gyu Ri, Seung Yeon, HaRa, Nicole Ji Young yang menggelar diri mereka sebagai KARA.
.


..
..
Diiringi 10 penari, persembahan pertama kali mereka di sini, dimula dengan Step, Jumping, Lupin, Honey dan Let It Go. Suasana gamat apabila peminat turut sama iku menyanyi dan menari. Kara menamatkan persembahan mereka dengan Mister-single hits yang pernah mencatat rekod 29 tahun carta Japan’s Oricon sebagai' Penyanyi Wanita bukan Jepun yang tersenarai dalam Top 10.
..
..
..
..
..
..
....
....
..
..

 Tak nak mengalah, kira-kira jam 8.30 malam, giliran Mizz Nina mengambil alih pentas mewakili Malaysia! Dengan showmanship juga tarian energetik, Mizz Nina menghiburkan sekalian yang ada dengan dereta lagu seperti Just Do It, Takeover, Hit Me Up, Rentak Yang Sama, With You, Summer Burning dan What You Waiting For?
..
..
..
..
..
..

Persembahan terakhir malam itu ditampilkan Jay Park. Bersama kumpulan B-Boy nya (AOM), Jay melipatkaligandakan keterujaan peminat dengan AOM & 1llionaire.
..
..
..
Kemudian penyanyi-penari-penulis lirik-pelakon kelahiran Amerika Syarikat ni terus memukau penonton dengan aksi geerak tari lincah lagi bertenaga menerusi lagu Know Your Name. Meredahkan sikit suasana, Jay membuktikan kredibiliti yang miliki-vokal mantap menerusi lagu balada Carefree diikuti rangkaian lagu Nothing On You,  Girlfriend,“I Got Your Back dan Star.”
..
..
..
..
Jay bikin peminat wanita semakin histeria dengan tarian seksi sesekali mengangkat baju menampakkan tubuhnya yang sasa ketika menyanyikan lagu Turn Off Your Phone, Do What We Do dan meninggalkan pentaS MTV World Stage Live in Malaysia dengan Body2Body.
..
..
..
..
..
..
Kehangatan konsert kali ni turut dimeriahkan dengan selebriti tempatan, orang kenamaan dan VIP yang hadir adalah Sona One, Linda Jasmine dan Que Haidar, Duta Korea-Malaysia, Yang Bong Ryull juga anggota keluarga diraja Malaysia termasuk kerabat Kelantan Yang Mulia Rania Aaliyah Petri Azahar, Putera Mahkota Terengganu Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Ismail, Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Mua'az dan Yang Amat Mulia Tengku Fatimatuz Zahra.
..
..
Konsert MTV World Stage Live di Malaysia 2012 akan disiarkan di saluran MTV SEA pada hari Sabtu 28 Julai 2012, 12:30 (WIB), 1.30 petang (SG / HK / Phil) dan 2.30 petang (MAL). Versi sejam juga akan disiarkan hujung tahun ini melalui rangkaian global MTV meliputi lebih daripada 60 saluran dalam lebih daripada 150 negara.

No comments:

Post a Comment