Wednesday, July 18, 2012

Amy Search Di Majlis Pelancaran Popmycase


Akhirnya minggu lepas Abang Nara dapat juga bertentang dengan Raja Rock Malaysia, Amy Search. Daripada kejauhan melihat wajahnya, mulut Abang Nara terus mengeluarkan perkataan “Feeewiiitttt”. Memang berjaya sungguh branding yang telah dilakukan oleh Amy Search. Respek!!!

Tahukah anda apakah yang sedang dipegang oleh Amy Search itu? Jeng jeng jeng. Itulah personalised casing untuk smartphone yang direka khas oleh Popmycase. Kalau anda perhatikan betul-betul, anda boleh nampak gambar Amy Search sedang feeling menyanyi di casing tersebut.

Menarik kan? Bukan Amy Search sahaja yang boleh ada casingnya sendiri untuk iPhone, Blackberry, Samsung Galaxy dan sebagainya, anda pun boleh buat casing anda sendiri. Cuma perlu ada gambar resolusi tinggi kegemaran anda dan uploadkannya di laman web Popmycase. Senang kan?







No comments:

Post a Comment