Siapa tidak mengenali personaliti televisyen, Ras Adiba atau nama sebenarnya Ras Adiba Mohd Radzi yang mula dikenali di stesen TV3. Namun semalam akhbar Utusan Malaysia melaporkan Ras Adiba telah di saman oleh seorang pengarah syarikat dengan jumlah RM3.2 Juta kerana melanggar kontrak perjanjian penjualan saham.
Menurut Nik Fauzi, tujuan Ras Adiba membeli saham tersebut adalah untuk memperolehi kuasa dan kawalan terhadap pengstrukturan syarikat tersebut. Namun Ras Adiba telah mengabaikan dan gagal membantu mengukuhkan syarikat hingga menyebabkan syarikat itu berdepan dengan masalah kewangan. Selain itu, Ras Adiba di dakwa sepatutnya membayar liabiliti syarikat berjumlah RM3.2 juta itu tetapi gagal berbuat demikian dan memungkiri perjanjian.
Kes tersebut akan dibicarakan pada 27 Jun nanti.
No comments:
Post a Comment