Saturday, June 9, 2012

Kenapa Fizz Fairuz Teman Almy Nadia Di Hospital?


KUALA LUMPUR, 8 JUN 2012: Baru-baru ini teman Murai Batu telah diundang oleh pihak Air France KLM untuk menyaksikan majlis pelancaran pakej pelancongan ke Eropah bersama-sama dua selebriti popular, Fizz Fairuz dan Tasha Shilla.

Kalau tak silap, sebelum ini Murai Batu pernah bercerita mengenai kedua-dua mereka yang dikatakan bercinta di dalam pesawat Air France KLM.

Nampaknya sangkaan Murai Batu itu salah. Mereka bukan bercinta sebaliknya telah dilantik untuk mempromosikan pakej percutian hebat selama lapan hari ke negara Belanda dan juga Belgium pada 10 hingga 18 September ini.

Kalau ingin sertai pakej jelajah Eropah bersama Tasha Shilla dan Fizz Fairuz ini bolehlah hubungi Jolyn di 03-2203 2000 (sambungan 816) atau email ke jolyn.low@klm.com.
Rasa bersalah pula Murai Batu. Yalah, bukankah Fizz Fairuz masih memiliki kekasih yang bernama Almy Nadia.

Mana boleh Fizz Fairuz dan Tasha Shilla bersama sedangkan tidak pernah terbit perasaan cinta antara mereka berdua.


Bercakap soal cinta Fizz Fairuz dan Almy Nadia, Murai Batu pernah mendengar cerita berkenaan hubungan mereka yang semakin goyang. Bagaimanapun khabar angin itu dinafikan sekeras-kerasnya Fizz Fairuz.

Malah ketika rakan Murai Batu berbual mesra dengan Fizz Fairuz baru-baru ini, perangkul Pelakon TV Popular Anugerah Bintang Popular Berita harian 2011 itu nyata masih menyimpan hati dan perasaan terhadap Almy Nadia.

Daripada apa yang terpacul dari mulut Fizz Fairuz, jauh sekali untuk dia mengabaikan Almy Nadia apatah lagi mereka telah menyemai kasih dan sayang untuk beberapa tahun lamanya.

Paling manis sekali apabila Murai Batu diberi tahu, bahawa Fizz Fairuz telah menghantar dan menemani Almy Nadia ke hospital baru-baru ini untuk mendapatkan rawatan kesihatan yang memerlukan pemerhatian lebih dari pihak hospital.

Khabarnya juga, Almy Nadia terpaksa dibedah dan Fizz Fairuzlah menjadi insan yang sentiasa berada di sisinya serta memberi dorongan supaya cepat sembuh.

Itulah perkhabaran yang Murai Batu dapat tahu dari mulut seorang teman dan Murai Batu rasa detik manis itu sudah cukup untuk membuktikan bahawa hubungan Fizz Fairuz dan Almy Nadia masih ampuh seperti dulu.

Murai Batu doakan, semoga Fizz Fairuz dan Almy Nadi akan kekal bersama yang akan diakhiri dengan ikatan yang sah. Bila agaknya? Itu Murai Batu kurang pasti. Biarlah Fizz Fairuz yang tetapkan.

Murai Batu: Dalam perhubungan, perlu banyak bertolak ansur. Kata-kata orang luar ada kalanya boleh membawa padah.

No comments:

Post a Comment