Friday, June 22, 2012

MAS buang pekerja lagi untuk jimatkan kos


Ketua pegawai eksekutif Malaysia Airlines (MAS) Ahmad Jauhari Yahya berkata syarikat itu tidak menolak kemungkinan untuk mengurangkan tenaga kerjanya dalam rancangan untuk meningkatkan pulangan secara agresif, selepas mencatat kerugian bersih RM2.5 bilion tahun lalu.

Katanya, tindakan tersebut merupakan antara langkah terakhir.

"Kos tenaga kerja adalah satu perkara yang kita perlu tangani pada masa ini. Untuk jangka masa panjang, kita perlu tanganinya, tapi (fokus) pada masa ini adalah penggunaan pesawat," katanya kepada pemberita hari ini.

Bagamanapun, beliau berkata langkah mengurangkan kos, termasuk membatalkan laluan tertentu, dijangka tidak banyak menjejaskan 20,000 orang kakitangan tetapnya – yang mana kira-kira tiga perempat daripadanya bukan merupakan petugas dalam pesawat.

Beliau juga enggan menjelaskan jumlah kakitangan yang ideal untuk MAS kerana ia merupakan "soal sensitif."


Pengerusi MAS, Tan Sri Md Nor Yusof ketika mencelah dalam sidang media itu berkata, pihak pengurusan kini sedang mengadakan inventori untuk mengenalpasti apa yang patut dijalankan syarikat tersebut.

No comments:

Post a Comment