Friday, June 22, 2012

Berita Cikgu Normala masuk UMNO hanya fitnah


Menurut blog yang disiarkan sejak kelmarin itu, disebabkan kecewa dengan janji yang tidak tertunai, Normala tekad meninggalkan PAS dan berjanji akan mendedahkan beberapa janji yang ditawarkan PAS kepada umum.

“PAS Johor atau Pusat tidak pernah membuat apa-apa janji terhadap mana-mana petugas atau ahlinya. Kami berjuang (dalam parti) hanya untuk mencari keredhaan Allah,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini hari ini.

Katanya, jika benar Umno ikhlas mahu membantu, beliau mahu suaminya Cikgu Maarof Abd Mutalib yang ditukarkan dari Sekolah Menengah (SMK) Tenang Stesen sejauh 275km ke SMK Tanjong Pengelih, Pengerang, di Kota Tinggi, dikembalikan semula ke tempat asal.

Beliau menuntut supaya penulis blog tersebut segera memohon maaf dan hentikan fitnah itu dengan segera kerana menjatuhkan maruahnya.

“Jika tidak ada sebarang respon, saya tidak akan teragak-agak mengemukakan tindakan mahkamah,” katanya yang menganggap ini bukan kali pertama dirinya difitnah Umno sejak menjadi calon Dun Tenang.

Turut hadir sidang media Ketua Muslimat PAS Pusat Siti Zailah Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Muslimat PAS Dr Mariah Mahmud dan Naib Ketua Muslimat Senator Mumtaz Md Nawi - FMT

"Cikgu Normala Tak masuk Umno dan masih bersama Pas dan tidak mempunyai apa-apa perselisihan"

No comments:

Post a Comment