Wednesday, June 20, 2012

Bekas CEO JCorp tidak mahu sertai politik

Tahun lalu Bekas Ketua Eksekutif Johor Corporation Bhd (JCorp), Tan Sri Muhammad Ali Hashim (atas) meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi dan Pengarah enam syarikat senaraian awam di bawah kumpulan
SHAH ALAM - Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), Tan Sri Muhammad Ali Hashim mengakui menerima beberapa tawaran parti politik, bagaimanapun beliau tidak berhasrat menyertainya.

Beliau juga enggan menjelaskan dari parti mana tawaran berkenaan diberikan.

Katanya, beliau telah memilih jalan bisnes sebagai satu perjuangan dalam membantu agama bangsa dan negara.

“Bukan hanya politik dapat membina negara, bisnes juga ada kelebihannya. Tidak semestinya menyertai politik.

“Ini adalah jalan yang saya pilih dan saya akan teruskannya, kini saya aktif dengan Dewan Perniagaan Islam Malaysia. Ini jihad saya, memperjuangkan jihad perniagaan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, jika dia berhasrat bergerak aktif dalam politik, sudah lama berbuat demikian kerana ayahnya aktif dalam parti Negara manakala kakaknya, Tan Sri Fatimah adalah orang kuat Umno satu ketika dulu.

Kini beliau lebih aktif dan pertubuhan bukan kerajaan dengan memperkenalkan wakaf korporat yang sewajarnya dijalankan setiap syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Tan Sri Muhammad Ali Hashim juga merupakan bekas Pengerusi KFC Holding Berhad


Sebelum itu, beliau mengadakan lawatan ke Kumpulan Media Karangkraf bagi melihat sendiri penerbit dan pencetakan bumiputera terbesar di Malaysia.

Selain Sinar Harian, Kumpulan Media Karangkraf juga menerbitkan 29 majalah dan bahan bacaan lain seperti buku ilmiah dan novel.

Sementara itu, Muhammad Ali yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Johor Corporation (JCorp), mengingatkan agar GLC tidak diswastakan termasuk memberikan jawatan kepada orang politik yang ‘bukan ahlinya’ kerana akan membuatkan sesebuah syarikat itu jatuh.

"Walaupun bukan semuanya kepada orang politik, cuma banyak pengalaman penswastaan dan memberikan kepada bukan ahli yang kita lihat menimbulkan masalah.

"Dulu, kami di JCorp memperkenalkan dasar tidak memberikan mana-mana eksekutif memegang sebarang jawatan dalam parti, kerana orang ramai sensitif tentang ini," katanya.

No comments:

Post a Comment