Monday, June 25, 2012

Bebas Dadah, Saiful Apek Mahu Lawan David Teo Lagi


Saiful berasa lega apabila Mahkamah Majistret membebaskan dia dan tiga rakannya berhubung tuduhan memasukkan dadah jenis kanabis dalam badan dua tahun lalu. Foto MUHAMMAD SYAMIL JOHAR.

PETALING JAYA: Pelakon komedi Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek lega apabila Mahkamah Majistret di sini pada Isnin membebaskan dia dan tiga rakannya daripada tuduhan memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan dua tahun lalu.

Saiful berkata, keputusan yang dibuat oleh Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid pada Isnin itu adalah satu kebenaran yang telah terbukti selepas dua tahun dibelenggu dengan insiden yang telah mencalarkan namanya sebagai seorang selebriti.

“Syukur Alhamdulillahlah semuanya telah selesai dan sedikit sebanyak keputusan yang dibuat oleh Majistret telah membersihkan nama saya yang tercalar sebelum ini,” ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui di sini, Isnin.

Saiful, 42, dan tiga lagi orang rakannya iaitu Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28, Shaiful Baharom, 24, dan Noremy Mohamad, 28 di bebas dan dilepaskan tanpa perlu membela diri selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes ‘prima facie’ terhadap kesemua tertuduh.

Mereka dituduh melakukan kesalahan tersebut di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, di IPD Subang Jaya, dekat sini pada 12 Jun 2010 kira-kira pukul 11 malam.

Pendakwaan terhadap mereka dilakukan mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM5,000 jika sabit kesalahan.



Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid membuat keputusan itu selepas mendapati terdapat percanggahan terhadap bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan.Mereka semua sebelum itu dituduh melakukan kesalahan tersebut di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, di IPD Subang Jaya, dekat sini pada 12 Jun 2010 kira kira pukul 11 malam.Pendakwaan terhadap mereka dilakukan mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM5,000 jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, Saiful memberitahu, dia amat terharu dengan sokongan semua pihak terutamanya peminat yang tidak jemu-jemu memberikan kata-kata semangat kepadanya dalam mengharungi kes yang berlanjutan hampir dua tahun itu.

Katanya, walaupun telah dikecam oleh pelbagai pihak tetapi dia sangat beruntung kerana masih mendapat sokongan daripada orang yang mempercayainya.


“Bebanan yang dipikul sebelum ini kerana kes tersebut telah bertukar menjadi lega dan sokongan peminat sentiasa membuatkan saya kuat untuk mengharungi semua dugaan ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment