Tuesday, June 5, 2012

Anwar Ibrahim Turun Ke Litar Lumba USJ (32 FOTO)

Dato' Seri Anwar Ibrahim turun ke Litar Lumba Speedway PLUS Elite, USJ untuk merasmikan “Selangor Motor Race”
Ramai golongan muda menggunakan motosikal sebagai kenderaan harian, ianya sering digunakan sebagai pengangkutan asas untuk ulang alik ke tempat kerja, untuk tujuan rekrasi seperti konvoi amal dan bersiar-siar bersama rakan-rakan, malah ada yang sanggup membelanjakan ribuan ringgit untuk menyertai sukan bermotor.

Ada pula yang beranggapan sukan ini agak merbahaya, namun bila semua langkah keselamatan diutamakan, ianya tidaklah terlalu bahaya seperti apa yang digambarkan oleh kita.

Jika tidak salah “tukanglawan” kerajaan Selangor adalah kerajaan negeri pertama yang cuba memperkembangkan sukan ini secara terurus dan selamat, ianya memberi peluang anak-anak muda untuk mengasah bakat mereka dalam bidang sukan bermotor.

Dan secara tidak langsung,ni sebenarnya satu usaha untuk membenteras budaya “Rempit” dan perlumbaan haram.Atas sebab itulah kerajaan negeri Selangor siang tadi sekali lagi menganjurkan “Selangor Motor Race” pusingan ke 2 untuk tahun ini,Dan apa yang lebih menarik, perlumbaan anjuran kerajaan negeri selangor itu turut menerima tetamu istimewa iaitu Penasihat Ekonomi Selangor yang juga Mantan Timbalan Perdana Menteri yang membuat kejutan dengan datang sendiri menyaksikan perlumbaan yang melibatkan anak-anak muda yang kebanyakkannya berasal dari negeri selangor sendiri.



Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan perasaan kagum dengan semangat kesukanan anak muda ini, beliau yang kelihatan memberi tumpuan penuh pada perlumbaan ketegori premier yang diadakan dalam perlumbaan pusingan ke 2 itu melahirkan perasaan gembiranya kerana anak -anak muda ini memilih untuk berlumba dengan cara yang betul dan selamat.

Sedikit gambar dari Litar Speedway PLUS Elite baru-baru ini.
































No comments:

Post a Comment