Tuesday, June 12, 2012

Anniversary KRU, Tahniah Dari Mahathir 'Live' (45 FOTO)


Kami di Kakileaks ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat Norman, Yusry & Edry diatas ulang tahun KRU yang ke-20 di persada industri Muzik & Perfileman tanah air.

Tahniah kerana telah berjaya bertahan & berjaya membawa suatu perubahan yang hebat dalam industri muzik tanah air & juga industri perfileman Malaysia.

Setinggi Terima Kasih juga diucapkan buat pihak KRU yang telah menjemput kami ke showcase ulang tahun yang ke-20 KRU yang telah diadakan di Neverland Club pada 10 Jun yang lalu.

Showcase yang menampilkan persembahan dari barisan artis jemputan & artis baru di bawah naungan KRU Studios yang telah menghiburkan lebih kurang 500 para tetamu & peminat yang hadir.

Jika pada ulang tahun KRU ke-19, Norman telah pun menyatakan untuk tidak mahu lagi membuat persembahan. Namun khas untuk ulang tahun ke-20, KRU kembali dengan medley lagu-lagu hit mereka. Begitu ramai juga peminat KRU yang hadir. Teruja & tidak sabar untuk menyaksikan KRU kembali di pentas.



Jadi tidak sah jika kami ke sebuah majlis tanpa membawa pulang gambar-gambar yang menarik khas untuk tatapan anda.

Mari lihat gambar-gambar dari lensa kamera kami!












































No comments:

Post a Comment