Wednesday, May 2, 2012

Ummi Hafilda yakin 99.9%, Azmin pelaku seks


Ummi Hafilda Ali menunjukkan gambar yang disiarkan oleh Utusan Malaysia yang diyakininya sebagai imej Azmin Ali pada sidang akhbar di Pulau Pinang, semalam.

PULAU PINANG 2 Mei - Adik kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali, Ummi Hafilda Ali berkata, beliau yakin sehingga tahap 99.9 peratus bahawa gambar lelaki dalam aksi panas dengan seorang wanita yang tersiar dalam akhbar dan beberapa laman blog adalah imej abang kandungnya itu.

Sehubungan itu, beliau mencabar Azmin membuat laporan polis untuk menafikan gambar yang tersiar itu bukan dirinya.

"Sebagai adik, saya kenal benar dengan abang saya. Dari aspek potongan rambut, susuk badan dan cara berpakaian, itu memang dia," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment