Monday, May 14, 2012

Super Junior Batal Konsert Hari Belia 2012

Kekosongan tempat mereka akan digantikan kumpulan U-Kiss
Pengumuman sedih buat peminat setia bintang K-Pop (Korean Pop) iaitu Super Junior atau singkatan nama Suju.

Berita yang sebelum ini mengatakan Suju bakal membuat persembahan sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 telah pun dibatalkan atas sebab tertentu.

Bagaimanapun, ketiadaan Suju telah disahkan oleh pihak penganjur program ini yang mana kekosongan tempat mereka akan digantikan kumpulan U-Kiss.

Difahamkan, U-Kiss yang dibarisi tujuh jejaka kacak lagi jambu ini iaitu Soohyun, Kiseop, Eli, Kevin, Dongho, Hoon dan Aj bakal menghiburkan penonton pada malam gala himpunan yang bakal diadakan selama seminggu bermula dari 23 hingga 27 Mei depan.

Mengikut perancangan, kemunculan U-Kiss yang pernah beberapa kali datang mengadakan mini showcase di Malaysia hanya akan ada pada malam kemuncak himpunan ini yang dijangkakan berlaku di dataran Putrajaya, pada 26 Mei ini iaitu pada hari Sabtu.



Sementara itu, persembahan U-Kiss pada malam berkenaan akan dimulakan terlebih dahulu dengan nyanyian daripada beberapa artis tempatan.

Difahamkan, kumpulan yang mendapat jolokan meniru artis K-Pop iaitu Max 24:7 akan berkongsi pentas bersama U-Kiss.

No comments:

Post a Comment