Monday, May 14, 2012

Syahrini bercinta dengan kerabat diraja Selangor


Selepas banyak spekulasi yang timbul di kalangan media Indonesia yang melaporkan bahawa teman lelaki kepada penyanyi jelita Syahrini adalah orang Bogor berketurunan Batak, Bubu atau nama sebenarnya Raja Mohammad Syazni tampil menafikan kisah tersebut.

Dipetik daripada Detik Hot, Bubu ketika ditemui di Hotel Royal, Bogor, menekankan bahawa dia bukanlah berasal dari Bogor seperti yang dikhabarkan oleh media. 

"Saya mendengar berita yang kurang enak. Saya dari Malaysia dan bukan orang Bogor atau Batak. Apa yang anda dengar semua ini adalah tidak benar," ujarnya. 

Bubu turut mengakui bahawa dia merupakan salah seorang cucu Raja Selangor. "Saya berketurunan raja. Saya cucu Raja Selangor. Nama saya Raja, jadi tidak semua orang di Malaysia boleh memakai nama tersebut." 

Pelantun lagu "Sesuatu" sebelum ini mengakui bahawa dia dan Bubu sudah bercinta selama dua tahun selepas pertama kali bertemu di satu acara perayaan tahun baru pada 2010 di Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment