KUALA LUMPUR - Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan mewujudkan satu skim khas untuk membantu golongan artis di negara ini di mana mereka perlu mencarum untuk hari tua.
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Senator Subramaniam Veruthasalam yang ingin tahu sama ada kementerian bercadang memperkenalkan skim khas untuk para artis pada persidangan Dewan Negara hari ini.
Salang berkata, menerusi skim itu para karyawan boleh menambah wang simpanan mereka mengikut kemampuan sehingga berusia 60 tahun, dan simpanan serta faedah tahunannya boleh dikeluarkan selepas tempoh matang.
Kepada soalan asal Subramaniam, Salang berkata kementerian sememangnya sentiasa peka dan prihatin terhadap kebajikan golongan artis di negara ini dan ini terbukti menerusi pengenalan Skim Belaan Artis yang diwujudkan pada 2007. — BERNAMA
No comments:
Post a Comment