Tuesday, May 8, 2012

Norman Kenal Musuh KRU


Baru-baru ini KRU telah dituduh gagal menjelaskan gaji pekerja dan tidak melunaskan pinjaman pembikinan filem terbitan syarikat itu. Oleh itu di pelancaran treler filem ’29 Februari’, Presiden Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim menyifatkan tuduhan terbaru itu sebagai tindakan iri hati daripada musuh perniagaan mereka. Norman berkata tuduhan-tuduhan yang tidak berasas itu sengaja dicetuskan oleh pihak tertentu kerana tidak mempunyai cara lain untuk memburukkan reputasi selepas melihat kejayaan syarikat berkenaan.
“Selama 20 tahun dalam dunia hiburan, kami bersih daripada kontroversi atau skandal. Jadi, pihak-pihak ini terpaksa mengatur strategi dengan mengada-adakan cerita yang tidak berasas untuk menjatuhkan kami. Anda boleh lihat sendiri operasi perniagaan kami. Jika benar apa yang didakwa itu berlaku, tentu sudah lama kami berdepan tindakan undang-undang.” Like Us on Facebook :
Norman memang sudah jelek dan muak dengan isu-isu sebegini. Kata orang sudah terlampau lali dengan dengki-mendengki mansia.
“Saya sudah malas hendak komen apa-apa. Bila kita komen, orang anggap ia memang berlaku dan kami seperti mahu menafikannya. Cuma, saya hendak cabar mana-mana pihak yang mengemukakan tuduhan itu tampil dengan bukti-buktinya. Janganlah jatuhkan empayar yang kami bersusah-payah bina selama 20 tahun dengan cara kotor. Orang boleh berkata apa sahaja tanpa mengetahui cerita sebenar.”
Perbuatan khianat ini dipercayai dilakukan oleh  penggiat industri hiburan sendiri. Bagi kami di mana-mana pun hasad dengki ini akan ada pada orang yang gagal.

No comments:

Post a Comment