Tuesday, May 1, 2012

Rita Rudaini Memang Tidak Mahu Diceraikan


Semalam berlangsung prosiding di hadapan Hakim kes Rita Rudaini, 36 tahun yang berkeras tidak mahu diceraikan oleh suaminya, Mohd. Aidil Zafuan Abd. Razak, 25 tahun. Aidil Zafuan merupakan seorang pemain bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Rita berkeras dengan alasan yang diberikan lelaki itu bahawa mereka tidak lagi serasi dan tiada persefahaman sebagai tidak masuk akal. Oleh itu, Rita tetap ingin mempertahankan rumah tangga yang dibina bersama suaminya itu dan mahukan perbincangan secara baik diadakan terlebih dahulu.

“Mohd. Aidil tidak pernah berbincang secara bersemuka atau secara maya dengan anak guam saya sejak meninggalkan rumah pada 10 Januari lalu. Jika perceraian dipersetujui secara drastik, ia tidak adil bagi pihak anak guam saya kerana dia mengharapkan perkahwinan ini dapat diteruskan, kalau hendak bercerai pun, biarlah alasan itu berbaloi,” kata peguam Rita.

Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad kemudian memerintahkan agar jawatankuasa pendamai yang diwakili keluarga terdekat kedua-dua pihak dilantik. Mahkamah juga menetapkan 16 Mei depan sebutan semula kes.

Aidil hadir ke mahkamah bersama peguamnya, Ahmad Nazib Johari. Pasangan itu berkahwin secara rahsia di Songkhla, Thailand, pada 25 Februari 2008 dan dikurniakan cahaya mata Airit Rayyan Rizqin,4 dan Airit Rafqa Arjuna, 2. Perkahwinan mereka pada awalnya mendapat tentangan keluarga Aidil.

Bayangkan empat bulan keluar dari rumah, langsung tiada khabar berita, tiba-tiba mohon cerai? Kena ‘Brainwash’ ke bang..

No comments:

Post a Comment