Tuesday, May 15, 2012

Kalah Pada David Teo, Saiful Apek Bagi Alasan Bodoh


Pelawak terkenal, Mohd Saiful Azam Mohamed Yusoff atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek terpaksa akur dengan keputusan mahkamah yang telah membatalkan tuntutan berjumlah RM200,000 yang difailkannya terhadap penerbit filem, Mejar (K) David Teo, tujuh tahun lalu.

Saiful Apek ketika ditemui pada satu sidang akhbar di Tease Bar Restaurant, Subang Avenue, petang semalam bagaimanapun mengakui agak terkejut kerana beliau sendiri sama sekali tidak tahu bahawa kes tuntutannya itu telah dibatalkan sejak Disember 2011.

“Kita ada perlembagaan dan saya menghormati perkara itu. Bila kata dibatalkan, apa lagi yang saya boleh lakukan. Saya dah memperjuangkan hak saya, namun saya terpaksa akur dengan apa saja keputusan. Saya redha tuntutan tersebut dibatalkan dan menganggap tahap rezeki saya sampai di situ saja.

“Walau bagaimanapun, kalau boleh, saya tak mahu bangkitkan lagi isu ini kerana pada rasional dan logiknya, mungkin saya yang buta kontrak. Perkara ini agak ‘complicated’, mungkin saya tak faham tentang kontrak, jadi saya akur dan redha,” ujar Saiful Apek mengakui terkejut dengan pembatalan kes terbabit.

“Secara jujur, saya tidak tahu menahu tentang pembatalan kes ini. Saya hanya tahu selepas menonton program Melodi di TV3. Peguam saya pun tidak memberitahu apa-apapun kepada saya, tiba-tiba saja kes ini ditutup dan itu yang buat saya pelik.

“Saya kurang pasti di mana kesilapannya sehingga menyebabkan perkara ini dibatalkan. Saya sendiri dah melalui kes ini selama tujuh tahun. Malah, sebelum ini dah ada yang menasihatkan saya yang benda ini mustahil untuk diperjuangkan,” keluh Saiful Apek lagi.

“Saya tak ralat kes ini dibatalkan sebab benda ini dah terlampau lama. Cuma apa yang saya ralat ialah tentang anak-anak saya kerana mereka juga terlibat berlakon dalam filem ‘Lady Boss’.  Nampaknya, satu sen pun tak ada rezeki mereka. Apa yang saya perjuangkan tentang kewangan nampaknya tak bawa ke mana.

“Namun, di sini saya ingin tegaskan, ini sebenarnya bukan soal duit, tapi soal hak dan hasil titik peluh kita. Sebelum ini saya tak lantang, namun kerana ini soal perjanjian, harga dan maruah diri, jadi saya bersuara. Jika ada rezeki, apa hak yang diperjuangkan, saya akan cuba perjuangkannya hingga akhir hayat saya. Saya anggap apa yang berlaku sebagai lipatan sejarah saya dan akan belajar dari kesilapan.”

Ditanya mengenai hubungannya dengan pemilik Metrowealth Pictures itu selepas apa yang terjadi, Apek memberitahu, “Buat masa ini kami belum komunikasi secara ‘direct’ namun di pihak saya, memang tak ada masalah. Cuma untuk cari dia, rasanya tak payahlah sebab selama ini dah banyak kali kami terserempak, cuma dia saja yang tidak tegur dan cuba lari apabila bersemuka dengan saya.”

2 comments:

  1. Xnampak pon alasan apek ni bodoh..admin kot sengal..hahaha

    ReplyDelete
  2. APEK tidak tahu bahawa kes tuntutannya itu telah dibatalkan sejak 2011 - ITU BUKTI BODOH LE TU .... komentor atas dan Apek sama BODOH

    ReplyDelete