Friday, May 18, 2012

Izara Aishah Hiasi Majalah LISA Terbaru


Selepas drama Vanilla Coklat, Abang Nara perasan yang Izara sudah kurang keluar di kaca TV. Mungkin Izara sedang sibuk shooting atau drama lakonannya masih menunggu giliran untuk ditayangkan di dalam televisyen.

Pasti ramai peminat Izara Aishah sedang merindui keletah comelnya. Jangan risau kerana anda boleh mengubatinya dengan mendapatkan majalah LISA yang terbaru.

Walaupun tewas kepada Tasha Shilla di dalam kategori Artis Baru Wanita Popular ABPBH2011, Abang Nara melihat aura Izara Aishah sangat kuat. Tak salah untuk Abang Nara katakan yang Izara mampu menjadi nama besar di dalam bidang lakonan Malaysia suatu hari nanti. Abang Nara doakan kejayaan Izara di masa hadapan.

No comments:

Post a Comment