Friday, May 18, 2012

5 Petua Mudah Untuk Mata Menawan


Mata yang cantik mempesonakan pandangan! Mata yang letih, bengkak dan mempunyai eyebag adalah masalah yang sering menghantui wanita. Mata yang cantik dan bersinar bermula dengan penjagaan yang baik. Ikuti 5 petua mudah dari EH! kali ini bagi mengembalikan daya penarik matamu!

Petua 1

Sama ada anda mengenakan solekan atau tidak, mata perlu dibersihkan setiap hari. Gunakan pembersih khusus kerana mata adalah antara bahagian yang agak sensitif berbanding bahagian wajah lain.

Petua 2

Minum air masak secukupnya bagi mengelakkan bahagian keliling mata daripada kering dan berkedut. Keadaan cuaca yang panas atau dingin penyaman udara boleh mempercepatkan mata menjadi berkedut. Namun elakkan minum air dua jam sebelum tidur bagi menghindari terjadinya eyebag.

Petua 3

Kaedah tradisional seperti meletakkan timun atau uncang teh yang telah dipakai pada mata boleh membantu mata untuk berehat selain menjimatkan kos. Menyapukan ais di keliling mata juga antara kaedah yang dapat membantu melancarkan perjalanan darah.

Petua 4

Lakukan senaman ringan dengan menggerakkan mata ke kanan, kiri, atas dan bawah dalam kiraan 5-12 saat bagi meredakan ketegangan di sekitar otot mata. Ia amat berkesan sekiranya anda melakukan tugasan sepanjang hari di hadapan komputer.

Petua 5

Lakukan senaman ringan dengan menggerakkan mata ke kanan, kiri, atas dan bawah dalam kiraan 5-12 saat bagi meredakan ketegangan di sekitar otot mata. Ia amat berkesan sekiranya anda melakukan tugasan sepanjang hari di hadapan komputer.

No comments:

Post a Comment