Jika sebelum ini Wawa Zainal, 21, telah dipilih sebagai duta produk Lipice menggantikan Lisa Surihani, kini giliran Elfira Loy, 18, pula menggantikan Liyana Jasmay sebagai duta produk Maybelline.
Kami sendiri tidak tahu kenapa produk Maybelline memilih Elfira Loy, tetapi berdasarkan penelitian kami, Elfira Loy mempunyai sedikit persamaan pada wajahnya dengan Liyana Jasmay, iaitu bentuk senyuman mereka berdua.
Pengumuman khas akan diadakan pada 10 Mei ini dan OHBULAN! pasti Elfira Loy bakal menjadi seorang lagi selebriti yang mampu bersaing dan menghasilkan aura yang tersendiri dikalangan peminatnya.
Semoga dengan kehadiran artis-artis baru, industri hiburan tempatan akan menjadi lebih meriah dan mampu bersaing secara sihat.
No comments:
Post a Comment