Tuesday, May 8, 2012

Ayah Aidil Zafuan Benci Rita Rudaini Sampai Sakit


Media Hiburan melaporkan kesihatan ayah mertua kepada Rita Rudaini, Abd Razak yang dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar Jaafar Seremban sejak 3 Mei kerana diserang asma dan jangkitan kuman dalam darah. Abd Razak tidak menolak bahawa dia berasa sedikit tertekan dengan berita kemelut rumah tangga anaknya, Aidil Zafuan bersama pelakon, Rita Rudaini.

Pada masa yang sama, beliau turut menyatakan rasa kesal kerana banyak perkara yang kurang benar diperkatakan oleh pelakon tersebut. Like Us on Facebook :

Walau bagaimanapun, Abd Razak menyatakan pendirian beliau untuk tidak terlibat dalam krisis rumah tangga mereka dan mendoakan kebaikan untuk anak dan cucunya. Sekiranya tiada aral melintang, beliau dijadualkan pulang ke rumah, hari ini.

Imbas kembali, pemain bola sepak negara ini telah menfailkan penceraian terhadap Rita Rudaini melalui peguamnya di Mahkamah Syariah Petaling Jaya pada awal April lepas. Bertarikh 30 April, Rita Rudaini yang diwakili peguam syarie, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain memberitahu mahkamah dia tidak bersetuju dengan permohonan itu berikutan dia dan Aidil tidak pernah berbincang secara bersemuka sejak suaminya itu keluar dari rumah mereka empat bulan lalu. (Sumber : Utusan)

Dengan itu, mahkamah menetapkan 16 Mei ini untuk sebutan semula kes tersebut bagi melantik Jawatankuasa Pendamai yang dianggotai seorang wakil keluarga terdekat kedua-dua pihak.

No comments:

Post a Comment