Tuesday, May 1, 2012

3 Penyanyi Remaja Popular di Youtube (VIDEO)


Zaman dah berubah, kalau dulu, mahu ‘cover’ lagu penyanyi cukup sekadar akustik ataupun mungkin menggunakan cara yang berbeza-beza. Namun seiring dengan perkembangan teknologi, kini bukan sekadar lagu sahaja yang di’cover’, malah muzik video turut diarah dengan kreativiti masing-masing.

Kepada anda yang biasa memasang Fly.fm di radio, OHBULAN! pasti anda biasa mendengar lagu berjudul “We Are Young” nyanyian asal Fun bersama Janelle Monae. Kali ini, 3 orang remaja yang popular di Youtube telah bergabung dan menghasilkan semula muzik video versi imaginasi.

Vokal mereka bertiga juga sangatlah menonjol dan tidak berlebihan jika kami katakan cover mereka ini boleh dianggap setaraf dengan bintang muzik antarabangsa. Jom tonton cover muzik video berjudul “We Are Young” selepas ini!



No comments:

Post a Comment