Saturday, April 14, 2012

Zahid Tersingkir, Lawak macam monyet

Juara AF2, Zahid dari Angsa Ganas menjadi mangsa pertama program Super Spontan apabila dia disingkirkan oleh rakan-rakan sepasukannya akibat kekalahan Angsa Ganas pada minggu lalu.

Namun, pemergian Zahid tidak dipersiakan apabila Angsa Ganas muncul sebagai pemenang untuk minggu ini apabila dengan bergayanya menewaskan kumpulan Beruang Comel dalam setiap sketsa yang dipertandingkan.

Kemenangan ini membolehkan Angsa Ganas memenangi cek tunai bernilai RM5000 yang didermakan kepada Persatuan Kanak-Kanak Istimewa Kajang manakala pasukan yang tewas, Beruang Comel terpaksa memilih seorang dari ahli mereka untuk disingkirkan dan pengumuman penyingkiran akan dibuat minggu hadapan.

Seperti biasa, 5 sketsa dipertandingkan pada minggu ini bermula dengan Pantun Dua Kerat, setiap kumpulan akan menghantar seorang wakil ke atas pentas lalu diberikan satu situasi dan mereka perlu berbalas pantun dua kerat dengan pihak lawan. Sekiranya mereka gagal membalas pantun, mereka perlu digantikan dengan anggota kumpulan yang lain.

Sketsa kedua adalah Jurujual Langsung dan setiap kumpulan akan menghantar wakil dengan diberikan satu prop untuk kegunaan mereka. Dengan menggunakan kreativiti berdasarkan tema yang diberikan oleh hos, Adibah Noor, mereka perlu berlagak seperti jurujual untuk menjual alat itu.

Sketsa ketiga ialah Dialog Dalam Tin, dua orang dari setiap kumpulan akan diberikan tiga dialog yang tertulis di atas kertas dan berdasarkan situasi yang diberikan, mereka harus mengucapkan dialog itu ketika melakonkan sketsa.

Sketsa keempat ialah Terteruk Di Dunia dan Di Ladang di mana mereka harus menggayakan profesion yang diberikan oleh hos Adibah Noor dalam keadaan paling teruk mereka fikirkan.

Sketsa terakhir ialah Pengarah Kurang Siuman, seorang wakil dari pasukan berlawanan akan mengarahkan tiga pemain dari kumpulan lain tentang babak sebuah filem. Mereka harus melakonkan babak itu berdasarkan genre yang disebut oleh pengarah sambil mengekalkan jalan cerita yang sama.

Super Spontan telah bersiaran secara langsung dari Studio Finas, Hulu Klang dan disiarkan di Astro Warna (saluran 132). Pengulas untuk program ini ialah kumpulan Boboi dan Amir Raja Lawak.

No comments:

Post a Comment